Semalam juga, sebaik sahaja bangun tidur, along mengadu bawah telinganya bengkak lagi. Sakit sikit especially bila kunyah makanan. Sekarang setiap kali twin mengadu bengkak datang semula, abah mama hanya mampu menyabarkan mereka je. Klinik NHS???paling tidak dia berikan antibiotik. Sekali dua makan bengkak hilang tapi beberapa bulan kemudian dia datang lagi...sekarang ni kami dalam process tunggu surat dari Bronglais Hospital Aberystwth untuk appoinment CT Scan. Kalau kebetulan masa hari buat CT SCAN tersebut telinganya membengkak, aku puas hati tapi yang aku kesalkan setiap kali tarikh appoinment yang aku perolehi, ketika penyakit itu tiada, justeru doktor tak dapat lihat keadaan sebenar. Sama ketika buat Ultrasound tempoh hari. Doktor kata gland mereka lebih besar dari yang sepatutnya. Moga-moga surat appoinment segera sampai supaya pemeriksaan secara detail dapat di teruskan untuk kepastiaan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan menyembuhkan penyakit itu untuk selamanya.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
0 comments:
Post a Comment