CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 6 November 2008

Wajah-wajah si kecil



Mama asyik bercerita tentang aktiviti kak long dan kak ngah jer..... Kali ni mama nak cerita mengenai Zalifah pulak. 15 hb. akan datang genaplah 9 tahun usia si kecil mama. Kalau membesar di Malaysia, di usia ini Zalifah sudah pandai merangkak agaknya......tapi perkembangan pergerakan fizikal di sini agak perlahan. Ya, sudah tentu dipengaruhi oleh faktor cuaca, anak mama jarang sekali diletakkan di lantai. Manakan tidak, mama dan abah pun tidak duduk di lantai. Walau dah beralaskan carpet yang cantik namun kesejukannya masih terasa. Kasihan anak mama sorang ni....Seusia ini Zalifah sudah pandai meniarap dan menjalar ke depan mencapai permainannya, sudah boleh duduk di walker atau di sofa namun masih belum pandai duduk tanpa sandaran. Suka bila abah letakkan dalam bouncer dan melompat-lompat keriangan sambil mama menyudahkan kerja-kerja dapur. Kebelakangan ini Zalifah suka main oommm....cak terutama sekali dengan abah. Pandai sembunyikan mukanya di bahu mama kemudian bila mama kata cak terus tunjukkan muka dan ketawa.....keletahnya amat menghiburkan. Sejak kecil lagi Zalifah memang mudah senyum bila di tegur. Tapi bila orang lain ambil nak pegang mula nak menangis. Giginya dah ada empat batang, dua di atas dan dua di bawah. Suka makan buah terutamanya pisang, epal dan anggur. Untuk lunch pulak biasanya mama blend nasi dan carrot., habis gak setengah mangkuk, makan dalam pukul 3 sebelum mama pergi kerja. Si comel mama ni memang jarang meragam dan suka di bawa berjalan. Seingat mama Zalifah tak pernah menangis lama masa dalam kereta. Ini lah gambar-gambar Zalifah buat tatapan atuk, opah, nenek, semua sanak-saudara dan teman-teman.....


Ketika berusia sehari

Hari ketiga menjenguk dunia

seusia 9 hari

lena di buai mimpi....11 hari

Baby cot yang abah mama beli khas untuk zalifah

terjaga seketikA

Argh....sedapnya dapat keluarkan tangan

Menangis kelaparan...tak sampai sebulan dah rasa pakai jean

Dora musical book kegemaran kakak-kakaknya

Merenung jauh......


Tidur kesejukan tika sehari sebelum snow turun di Lampeter

Snow suit zalifah

ni masa botak tapi kepalanya ditutupi topi

o...o...

ngantuk, nak tido...

sleepy

dah tido pun

erk...bangun tido terus ketawa pulak

mama lambat ambik...apalagi...

Antara favourite toys Zalifah

Seronok dok dalam walker


ala...la...la...la...

Senyum si comel

Bermain lompat-lompat sambil tenguk mama buat biskut raya

Alahai.....pakai tudung la pulak...


Ni toy yang ada dalam bilik study abah

Nak tunjuk giginya la tu

Aksi baby menjelang winter

Wajah si kecil dari sisi

Senyumnya menawan hati....

Baby astronomi...bila nak naik ke bulan???

3 comments:

UnGu VioLet said...

si cute zalifah yg makin besar makin cuteeeeeee sgt... love u..

hnyhar said...

kak iza,
gmbr zalifah yg menjelang winter tu sebijik cam muka akak..esp. bibir dia..cube tgk..

comey nye zalifah...putih melepak. Kakak2 kembar pun comey..bijak pulak tuu..beruntung akak dpt anak kembar..jimat..x gitu kak?

nar said...

thanks mar & nani. ye ke nani cam muka akak....yo lahhh dah omaknya.