CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 5 November 2008

Firework 2008

Malam ini bumi Lampeter bergermelapan dan bergegaran dengan bunyi letupan dan cahaya pancaran bunga api di padang rugby. Tahun lepas kami tak berkesempatan melihat dari dekat. Hanya terdengar dentuman tun tam tun tam di belakang rumah (masa tu rumah flat), dan dapat la tengok cahaya-cahayanya dicelah-celahan pokok di universiti. Kali ni dapat tahu awal, so berpeluanglah melihat dari dekat.












Ramai gak warga Malaysia yang tak melepaskan peluang itu. Maklum la bukan selalu.....



Abah dan handycam nya



Mama & Zalifah



Biasanya memang tak keluar malam kerana kesejukan. Tapi malam ni kerana bunga api kami gagahi jua. Apalagi angah along yang sejak dari semalam bawa cerita dari sekolah tentang pertunjukan bunga api tersebut. Maka abah mamanya kena faham-faham la hasrat di hatinya untuk mengajak ke sana. Alhamdulillah termakbul hasrat mereka dan sememangnya mereka keriangan bersama teman-teman. Balik ke rumah sempat lagi bermain bunga api dengan jiran sederet rumah. Red, Hazel dan Holly......berbual-bual seketika sebelum masing-masing pulang ke rumah.


Bersama Red, Holly & Hazel di depan rumah

3 comments:

hnyhar said...

bestnye dpt tgk firework..kat durham pun adaa cuma kami xkeluar sbb Nani tgh berkabung..heheh. Kami cuma lihat dr jauh sajaa..dan dgr bunyi2an dentuman tu

nar said...

kena la bersabo bebanyak ye Nani. Akak pun dah rasa...seminggu rasa sebulan.

UnGu VioLet said...

bestnye kak.. rugi erk mar tak pegi.. nak bt mcm mane.. hik2..