CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label ENT. Show all posts
Showing posts with label ENT. Show all posts

Saturday, 22 November 2008

Bengkak lagi...

Semalam juga, sebaik sahaja bangun tidur, along mengadu bawah telinganya bengkak lagi. Sakit sikit especially bila kunyah makanan. Sekarang setiap kali twin mengadu bengkak datang semula, abah mama hanya mampu menyabarkan mereka je. Klinik NHS???paling tidak dia berikan antibiotik. Sekali dua makan bengkak hilang tapi beberapa bulan kemudian dia datang lagi...sekarang ni kami dalam process tunggu surat dari Bronglais Hospital Aberystwth untuk appoinment CT Scan. Kalau kebetulan masa hari buat CT SCAN tersebut telinganya membengkak, aku puas hati tapi yang aku kesalkan setiap kali tarikh appoinment yang aku perolehi, ketika penyakit itu tiada, justeru doktor tak dapat lihat keadaan sebenar. Sama ketika buat Ultrasound tempoh hari. Doktor kata gland mereka lebih besar dari yang sepatutnya. Moga-moga surat appoinment segera sampai supaya pemeriksaan secara detail dapat di teruskan untuk kepastiaan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan menyembuhkan penyakit itu untuk selamanya.

Wednesday, 5 November 2008

Medical Checkup

Hari ni twin ada appoinment di Bronglais Hospital Aberystwyth. Ambik blood test result dan ultra sound result yang telah di buat sebulan yang lalu. Tak tahu apa masalahnya, setiap kali ada infection, bahagian bawah telinganya akan bengkak untuk beberapa hari dan mereka mengadu sedikit sakit dan rasa tak selesa. Puratanya dalam setahun kena 3-4 kali bergilir-gilir antara along dan angah sejak usia mereka 4 tahun. Pernah buat checkup dengan ENT Specialist di PPUM, termasuk buat CT Scan, resultnya ok je, normal...tapi masalah yang sama masih berulang. Hanya bergantung pada antibiotik augmentine yang diberi, cepat makan antibiotik tu cepat la hilang bengkaknya. Tapi sampai bila.....
Alhamdulillah, result yang dapat tadi pun ok, Doktor kata tak de apa-apa cuma katanya gland mereka lebih besar dari kebiasaan dan beliau memberi pilihan samaada nak buat CT Scan untuk lihat lebih detail sekarang atau tunggu sehingga mereka besar. Aku request untuk buat sekarang dan minta beliau arrangekan dengan Unit Radiologi. Untuk itu hanya perlu tunggu next appoinment melalui surat yang dihantar oleh pihak Hospital. InsyaAllah, tak ada apa yang perlu dirisaukan.....cuma nakkan kepastian.