Oleh kerana aku bukanlah daily blogger yang boleh mengadap komputer ni hari-hari, maka hari ni baru aku berkesempatan masukkan cerita ikan cencaru ni walaupun itu adalah menu kami dua hari yang lalu. Sebenonye teman cadang nak masak ikan cencaru goreng sumbat sambai nyo, tapi oleh kerane tak sempat jadile ikan goreng je......
Tiap kali siang ikan cencaru mesti teringat cerita emak waktu aku belajar masak-memasak dulu, waktu aku di sekolah rendah lagi. Mak cakap Orang kalau nak cari menantu , bila pergi rumah bakal besan dia akan selak kat selisih tikar getah atau mengkuang tengok bersapu ke tidak. Satu lagi anak dara kena pandai siang ikan cencaru, bajunya kena ditanggalkan. Uh...bukan senang nak siat kulit ikan cencaru ni sebab dia melekat. Puas jugak nak menyudahkannya, guna gunting la, kertas la. Tapi kira aku terror la jugak, sekolah rendah lagi dah pass siang ikan cencaru. Tapi orang sekarang jarang yang siat kulit ikan cencaru ni. Mana taknya, selepas digoreng tak payah tarik pun angkat je dah tertanggal kulitnya. Tak tau kenapa orang dedulu siang ikan cencaru siat kulitnya dulu.
Sebagai kawan ikan cencaru tengahari tu, aku masak kangkung goreng belacan dan sup daging. Tak kesampaian nak makan ikan cencaru sumbat sambal kelapa. Nampaknya kena jadi menu di lain hari la pulak....
2 comments:
best tue kak.. anyway, thanks bg mar special food hari tue.. :)
ok, sama2, no problem.
Post a Comment