CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday 30 November 2008

Pembrey Park

Pembrey Park pun terletak lebih kurang satu jam dari Lampeter tetapi berhampiran bandar Carmarthen. Kami kesana pada cuti summer yang lepas, BBQ dan makan-makan bekalan yang di bawa. Anak-anak apalagi...dah berkumpul pasti seronok bermain bersama kawan-kawan. Bukan senang nak dapat main pasir kat sini. Kena tunggu summer baru boleh pergi tempat-tempat macam ni. Tak sangka pulak kat Pembry Park ni banyak kerang. Tapi mama tak boleh nak pergi kutip sebab Zalifah masih kecil waktu itu. teringin gak nak pergi semula ke sini mengutip kerang, tapi oleh kerana bertangguh-tangguh langsung tak pergi-pergi....







Tresaith-Cardigan Bay

Tresaith adalah salah satu kawasan pelancungan yang terkenal. Keunikannya ialah pantai yang juga mempunyai water fall bersebelahannya. Malangnya cuaca yang sangat panas ketika itu dan waterfall tersebut terletak agak jauh dari tempat kami berpicnic tidak memungkinkan aku untuk berjalan membawa Zalifah ke situ. Hanya duduk-duduk dan bersembang sambil makan-makan di tempat picnic dan bergambar di sekitar kawasan pantai berdekatan. Tunggu Zalifah besar sikit, aku teringin kembali kesana merakamkan gambar pantai yang terdapat air terjun pada satu masa.




Borth

Borth terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Lampeter, berhampiran Aberystwth. Terkenal sebagai destinasi pelancungan dan mempunyai pantai yang cantik. Kami ke sana tiga keluarga bersama family ustaz Halim dan Kamaruzzaman. Berpicnic di pantai, menjamu selera sambil melihat anak2 bermain pasir.




Friday 28 November 2008

KDUK: London2 26-29 Mei 2008

Kali kedua pergi London masa nak buat pasport untuk Zalifah. Masa tu baru pindah rumah baru. Pergi 2 kereta bersama family Ustaz Halim. Kali ni pergi 4 hari 3 malam, 2 malam di travelodge eastbound dan semalam lagi di travelodge Swindon. Ikuti kisah dan gambar-gambar pengembaraan kami kali ini.


26 Mei 2008


Kami bertolak dari Lampeter awal pagi dan sampai di travelodge tengahari. Cuaca hari tu tak berapa bagus, mendung kadangkala hujan. Sampai di travelodge makan, solat dan rehat. Petang sikit kami ke sekitar WINDSOR CASSTLE. Malangnya waktu tu dah petang, boat trip untuk mengelilingi casstle pun dah tamat waktu service. Begitu juga dengan basnya. So kami hanya berjalan-jalan di sekitar casstle tersebut dan window shopping di Windsor Royal Shopping centre. Lewat petang kami pulang semula ke travelodge.






27 Mei 2008


Hari kedua, alhamdulillah tak hujan tapi mendung di sebelah pagi. Keluarga kami je yang ke London manakala ustaz Halim nak bawa familynya ke Oxford. Hari ni kena banyak berjalan kaki, naik bas turun bas, sebab kami akan ke Kota London untuk ke HIGH COMMISION OF MALAYSIA, untuk selesaikan urusan pasport dan sijil kelahiran Malaysia untuk Zalifah. Sampai di situ sebelum pukul 9 lagi takut siap lambat. Selesai ambil nombor, isi borang dan submit ke kaunter, kami di minta untuk datang kembali ke pejabat berkenaan pukul 3.30 petang. Sementara menunggu urusan tersebut selesai kami ke HYDE PARK, yang letaknya tak berapa jauh dari situ. HYDE PARK ni terkenal dengan SPEAKER CORNER yang dikatakan zon bebas bercakap dan tidak boleh dikenakan tindakan undang2. Dari situ kami menaiki bas dan berhenti di BUCKINGHAM PALACE. Berjalan pula ke WESTMINSTER STATION, LONDON EYE, HOUSE OF PARLIAMENT dan BIG BEN. Puas berjalan di sekitar tempat tersebut, kami menaiki bas untuk kembali mengambil pasport zalifah.Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Sampai di travelodge keletihan sebab hari pun dah malam.








28 Mei 2008


Hari ketiga kami akan berpindah ke travelodge di Swindon. Dalam perjalanan ke sana singgah di BEKONSCOT MODEL VILLAGE. Hampir sejam juga kami berjalan-jalan melihat keunikan ciptaan dan rekaan mereka. Sangat mengkagumkan. Alhamdulillah sepanjang 1 jam kami meninjau-ninjau tempat itu cuaca mendung je, masa dah nak hampir waktu keluar je hujan mulai turun. Dari BEKONSCOT kami ke BURFORD, nak meninjau-ninjau rumah tradisi orang sini yang mempunyai rekabentuk dan bumbung yang unik. Di Burford pun hujan turun renyai-renyai, mengenangkan kami datang dari jauh, turun jugalah kereta untuk berjalan-jalan di pekan Burford. Dari Burford kami bertolak ke Travelodge Swindon.









29 Mei 2008


Hari keempat. Kami ke CIRENCESTER, berjalan-jalan di sekitar bandarnya yang berada dalam daerah COTSWOLD. Kemudian ke BOURTON ON THE WATER. Ada beberapa tempat menarik yang terdapat di situ. Antaranya THE COTSWOLD PERFUMERY FACTORY, THE MODEL VILLAGE, KEDAI CENDERAHATI, BIRDS PARK dan lain-lain. Tarikan utama kawasan berkenaan ialah sebatang sungai yang dipenuhi oleh orang tempatan dan pelawat berpicnic di sepanjang sungai berkenaan. Dari BOURTON ON THE WATER kami bertolak pulang ke Lampeter.





On the way balik ke Lampeter, singgah di Masjid GLOUCESTER, dan sempat mencari kedai Wholesale untuk membeli beberapa barang keperluan, tapi tak teringat nak bergambar di GLOUCESTER kerana masing-masing kepenatan dan perjalanan masih panjang. Di sinilah destinasi terakhir pengembaraan kami untuk kali ini.