CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday 19 March 2009

KDUK: Day 6 part 2 Jejak di bumi Anbiya' 24.01.2009

Sekembalinya abang dan Ustaz Mizi dari survey tempat naik cruise tu, siap pikul tebu 2 batang. Budak2 ni memang tak puas-puas lagi makan tebu kat sini. Lepas patah2kan tebu ikut ruas masing2 tekun menyagut dan menikmati kemanisan tebu masing-masing.



Lama juga kami menunggu masa untuk di benarkan menaiki cruise yang bernama al-nawras tu. Cruise kelas sederhana kerana kami difahamkan ada juga cruise mewah yang setanding dengan bayarannya menyediakan perkhidmatan. Setelah dibenarkan kami memilih untuk duduk ditingkat atas untuk menikmati pemandangan tanpa halangan dari tingkap kaca. Semasa menunggu cruise untuk bergerak sempat tengok pak-pak Arab tu bergaduh sesama sendiri. Sepanjang berada di sini memang kerap menyaksikan pertengkaran dan pergaduhan orang Arab Mesir. Mereka agak kasar berbanding dengan orang2 Arab di Syria atau tempat2 lain. Sekejap2 bergaduh, sekejap2 bergaduh. Itu dah macam hiburan bagi mereka. Sambil snap gambar2 twin 2,3 keping, di satu sudut aku asyik memerhatikan 3 beradik yang khusyuk menikmati sayur seakan2 daun salad yang hanya diletakkan di lantai tempat laluan kami sebentar tadi.



Bila cruise mula bergerak, aku mula menghayati keindahan ciptaan Ilahi, menyelami sirah nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai tersebut demi kasih Bonda tercinta. Banyak terdapat rumah2 mewah di persisiran sungai berkenaan. Sesekali kami merentasi nelayan2 mencari rezeki. Siang melabuhkan tirainya tika kami masih lagi menjadi penumpang cruise itu. Disebabkan angin malam, bila mula kesejukan kami berpindah ke tingkat bawah. 4 jam meneroka sungai nile, lebih dari puas.......



KDUK: Day 6 part 1 Jejak di bumi Anbiya' 24.01.2009

Selepas sarapan pagi tu kami menaiki sebuah van yang di sewa khas untuk ke destinasi. Jejak kami hari tu adalah Qanatir, destinasi pertama yang dituju sebelum menaiki cruise merentasi Sungai Nil. Sungai yang mencipta sejarah Nabi Musa yang di hanyutkan oleh ibunya demi keselamatan nyawa anakanda tercinta.




Perjalanan melalui pekan-pekan kecil dan perkampungan, kelihatan keldai-keldai yang masih menjadi tunggangan masyarakat Arab Baladi untuk membawa barangan mereka. Turun je dari van kami jadi tumpuan orang-orang di situ. Aku pulak perlukan tandas ketika itu. Melilau mencari akhirnya ketemui. Sepanjang pengalaman aku di sana amat susah untuk jumpa tandas-tandas awam yang bersih, kecuali yang terdapat dalam shopping2 komplek. Semuanya hampir2 tak lalu nak menggunakannya, semuanya kerana tiada pilihan......mentaliti masyarakat di sini tentang kebersihan memang masih jauh ketinggalan. Sampah sarap di merata2 tempat.

Sampai pula di pintu masuk seorang budak dengan kudanya mengekori rombongan kami, merayu-rayu untuk ditunggangi. Tak lama kemudian datanglah berduyun-duyun kengkawan budak tu dengan membawa kuda masing-masing. Rayu punya rayu akhirnya angah along naik lah jugak. Sementelah kami tak mahu menunggangi kuda tu, beberapa orang pemuda dan kuda2nya tetap mengekori kami mengofer-ngofer kami untuk naik kudanya, walau dah berkali-kali kami kata tak nak, tapi dia buat tak faham jer...naik rimas aku di buatnya. Akhirnya kena jerkah dengan Ustaz Mizi baru dia pergi.



Kami ke masjid berhampiran untuk solat selesai solat, meninjau2 sekitar kawasan di situ sementara menunggu Yasir membeli kibdah.Angah along sempat naik motor kapcai yang disewa Yasir untuk cari cover kamera Nadia yang tertinggal dalam kereta kuda, dan sempat sagut tebu yang abah dan pakcik mizi belikan masa survey tempat nak naik cruise.





Saturday 14 March 2009

Zalifah & Berus giginya


Emmm....sedar tak sedar dah setahun sebulan anak mama nih....seusia ini Zalifah dah punya 8 batang gigi, 4 diatas dan empat di bawah, sume besar2 belaka. Sempena usianya setahun hari tu mama abah belikan Zalifah berus giginya yang pertama. Kecik2 dah pandai berdikari, tak nak mama beruskan giginya, dia nak buat sendiri.......Jom tengok cara2 Zalifah bersihkan giginya.....



Tuesday 10 March 2009

KDUK: Day 5 part 2 Jejak di bumi Anbiya' 23 Jan 2009

Dari Makrod kami menjejaki City Stars, Star Centre, Shopping Mall terbesar di Cairo, Egypt ( menurut apa yang diberitahu kepada kami). Dengan menaiki 2 teksi, teksi kami sampai terlebih dahulu dari teksi family Ustaz Mizi, rupa2nya mereka berhenti di tempat lain. Sementara menunggu Yasir mendapatkan mereka kami berjalan-jalan dulu di sekitar Star Centre.

Bila semua dah ada kami decide untuk makan dulu. Foodcourt penuh dengan manusia manusia yang kelaparan. Jenuh juga mencari tempat duduk yang kosong, memang tak de, maka terpaksa menunggu seketika dan memerhatikan siapa yang mahu beredar. Sambil tu Abang, ustaz mizi dan Yasir order pizza, burger dan aiskrim. Bila dapat terus ngap.....



Budak budak memang dah tak sabar-sabar nak ke Magic Galaxy untuk main. Selepas beli tiket masuk kena beli kad khas sebagai token untuk bermain. Ke sana sini budak-budak ni berlari dan meninjau2 games yang berkenan di hati. Akhirnya mereka main.........