Get ready to school
Rutinnya, bangun pagi solat subuh dan terus bersiap pakai pakaian sekolah. Uniform sekolah pun hanya jacket atau jumper biru saja diwajibkan. Seluar, skirt, tudung beraneka warna. Tak perlu mandi kerana kesejukan. Biasanya along angah mandi balik dari sekolah. Itu pun bukan setiap hari. Mamanya pulak biasanya sibuk bertanyakan pack lunch yang nak di bawa. Biasanya buat roti, butter, gula atau roti dan chocolate spread je. Kadang-kadang roti dan sosej atau burger.
Pack Lunch
Dalam beg sekolah hanya terdapat pack lunch sahaje. Tiada pensel atau pen walau sebatang pun, tiada kertas walau sehelai pun. Semuanya disediakan oleh pihak sekolah. Buku jauh sekali. Hanya pada hari jumaat sahaja ada buku latihan untuk homework, itu pun sebuah buku sahaja. Selain dari beg berisi pack lunch, ada fail berwarna biru yang disediakan oleh pihak sekolah berisi rekod bacaan berserta sebuah atau dua buah buku cerita. Jauh sekali bezanya dengan beg budak sekolah di Malaysia yang berisi segala macam buku dan dah tentulah tak ringan untuk di bawa.
Fail dan isinya
2 comments:
makin maju yer blog akak mar yg sorang nie.. lawaaa sgt..
thanks mar...
banyak lagi yang kena belajar.
Post a Comment