CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday 31 December 2009

Snow @ Brecon, Wales.


Snow @ Highmead Llanybbder


Tuesday 22 December 2009

Snow 2009 - view all images-

Autumn 2009

Sekembalinya kami dari Malaysia, musim panas sudah berakhir dan musim luruh sudah pun bermula. Halaman rumah dipenuhi dedaun kering yang berterbangan terutama dari pokok besar di hadapan rumah kami. Anehnya Kalau di Malaysia sudah pasti semak mata memandang, namun di sini lain situasinya. Musim luruh begini kalau diamat-amati dedaun datang dalam pelbagai warna dan rupa......ada yang keemasan, kekuningan, keorengan, keperangan....semuanya cantik dipandang mata. Subhanallah.










Aidil adha 2009

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Aidiladha kali ni disambut di Highmead Llanybbder. Selesai Solat sunat hari raya kami dijamu dengan juadah hari raya sambil melayan kerenah anak-anak. Memang jadi kebiasaan di Highmead setiap kali perayaan ada face painting & henna untuk meraikan kanak-kanak. Angah along pun tidak ketinggalan, tapi kali ni tak sempat buat face painting sebab selesai makan ibadah korban disempurnakan oleh kaun lelaki hingga lewat petang. Di sebelah malamnya takbir dari rumah ke rumah. Kali ni kami menjemput semua warga Lampeter beraya dan bertakbir di rumah pada hari Raya kedua.