CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 31 October 2008

Birthday present



Ha.....ni dia birthday present from abah & mama. Dah lama tunggu.....baru dapat.


Sebenarnya dah lama dah si kembar ni berangan-angan nakkan set baby doll, tapi aku tangguh-tangguhkan pembeliannya. Bukannya apa, dah ada dah 3,4 ekor dolly dalam biliknya. Akhirnya masa last day puasa tempoh hari abah kata kena bagi hadiah ni sebab dah berjaya puasa penuh dan dah nak birthday. Bila tanya, hu.....masing-masing tersipu-sipu senyum. Along nak baby Annabell....Angah nak baby Chou-chou.....Ooooo....ni rupanya anak patung idaman anakku.....Puas la kami mencari. Kalau cari di Tesco ke, Pasaraya Morrison ke...sekali pergi memang jumpa, masalahnya cari di car boot sale....Berminggu-minggu la mencari. Last week baru jumpa di car boot Carmarthen. Bukan tak nak beli yang baru, survey harganya di Tesco, Wilkinson dan Morrison, harganya 30 pound 1, kalau 2 dah 60 pound. Itu pun offer price dah tu....dapat beli di carboot pun orang tu nak 10 pound 1,tawar-tawar dapat la 12 pound untuk 2, sekali dengan baju-baju persalinan, bedak, syampoo, botol susu dan beberapa barang lain. Apalagi senyum sampai ke telinga la kembar kami......so 3,4 hari ni memang leka la dorang bermain Annabell dan Chou-chounya. Kelebihan doll ni boleh la merengek-rengek menangis, ketawa, dan cakap sikit-sikit. Of course batteries operated. Biasa la budak-budak. Untungnya angah along merasa semua. Masa mama kecik-kecik dulu rasanya tak de anak patung pun, main pun, main guli, main getah, baling tin , galah panjang, main congkak pun guna biji getah congkaknya korek tanah. Mainan yang tak gunakan modal......




Ni la rupa Annabell dan chou-chou nya....

Annabell dan chou-chou ni lebih kurang baby alive yang ada kat Malaysia yang harganya beratus tu. Kalau kat Malaysia rasanya kalau angah along mintak pun mama tak belikan. Ni sebab boleh lagi cari di car boot, so merasalah.....anyway ni lah pemberian abah dan mama untuk birthday present tahun ni......promise tak tinggal solat 5 waktu sebab dah masuk 7 tahun.!!!!!

Thursday 30 October 2008

Almond London dan ceritanya

Bermula kisahnya bila tiba-tiba diumumkan Hari raya yang lalu jatuh pada hari Selasa, sedangkan semua hampir pasti Hari raya akan di sambut pada hari Rabunya. Aku pula dah tercakap kat si kembar, hari Selasa kita buat Almond London. Tup-tup petang jumaat, semua heboh kata raya esoknya......



Ingatkan tak pe la raya tanpa Almond London, biskut lain ada la 5,6 jenis, rupanya menuntut pulak Angah along untuk buat Almond London. Dia tak tau pun sebenarnya Almond London cammane rupa, cuma yang excitednya sebab dorang tau salah satu bahannya ialah coklat kegemarannya. Kebetulan pulak masa tengok cerita Bong, Si Cah tu suruh Bong buat Almond London, tapi Bong tak tahu, so dia buat cekodok pisang.....Lepas tengok cerita tu lagi la beria-ia minta buat Almond London. Dari 1st raya sampai tadi boleh katakan hampir setiap hari bertanya bila nak buat. Bukannya apa sebenarnya mamanya pun malas gak, kalau belum raya tu lain la sikit semangatnya....pujuk gak si kembar ajak buat biskut tu untuk raya haji....tapi tak makan pujuk lak....akhirnya walau pun dengan rasa malas aku buat kan la juga Almond Londonnya.......dan ini lah hasilnya........




Oooo....cam ni buatnya.....



Biskut Almond London Angah Along

Em......yummmy!!!puas hati dah dapat makan

Mountain Road

Ceritanya hari ni tak jadi pun snow turun. Frost pun tak......Oleh kerana masih lagi dalam cuti sekolah, soalan yang wajib keluar dari mulut along angah setiap pagi selepas mereka solat subuh ialah "hari ni kita nak pergi mana????", Setakat ni sejak cuti sekolah bermula jumaat lalu, memang hari-hari keluar berjalan. Di mulai hari jumaat kami ke Highmead, Sabtu ke Swansea, Ahad ke Carmarthen, Isnin ke Universiti, Selasa ke Aberystwyth, Rabu ke rumah Kak na dan Ustaz Mizi dan hari ni kami ke Mountain Road.






Hajatnya saje nak survey kot-kot ada snow di sana. Tengok-tengok memang la ada snow tapi yang tinggal cuma di puncak bukit yang kelihatan dah menipis dan semakin cair. Menurut Terry seorang kenalan di Lampeter, memang ada tempat orang bermain snow berdekatan Tregaron. Dan kelmarin ada yang mengatakan snow di Tregaron setebal 3 inci. Memang ada possibilitynya memandangkan di Lampeter pun Frostnya boleh tahan juga, cuma hari ni pula tak. Saja nak jalan-jalan di Tregaron dan lepas sikit dari Tregaron nampak simpang ke Mountain Road, Abergwesyn. Tak pernah pun sampai situ.....Pergi tapi tak sampai ke puncak bukit, jalannya terlalu kecil, sampai di pertengahan bukit berhenti untuk bergambar, dalam 20 minit di situ, kami pun naik kereta semula untuk pulang......cuaca??? tak panas dan tak hujan tapi biasala sekarang ni, seeejukkkk........dari hujung rambut sampai hujung kaki. kalau nak rasa ambik kiub ais buh dalam kasut, pakai kasut tu.........haaa!!!! tu baru cerita sejuk kat kaki cammana rasa........








Sampai rumah along angah ajak pergi town la pulak. Tu memang salah satu permintaan wajib setiap kali cuti sekolah. Kedai yang paling di minati apalagi Charity Shop dan Richley Stewart, tapi tak de apa yang menarik pun.......So ajak dorang balik rumah, di pertengahan jalan keluar la pulak soalan keramatnya " ma....bila kita nak buat Almond London???". Alahai....Almond London la pulak........












Wednesday 29 October 2008

1st day dilitupi ais


Rose di halaman rumah......


Sejak semalam lagi sejuknya menjadi-jadi. Ada ramalan yang mengatakan hari ini 29 Oktober 2008, snow akan turun di Lampeter. Oleh kerana anak-anak pun kesejukan kami berdiang depan api malam tadi. Menariknya rumah sewa baru kami ada disediakan tempat khas untuk berunggun semasa winter.


Malam tadi pengukur suhu menunjukkan suhu di dalam rumah mencecah 8 darjah celcius, manakala suhu di luar negatif 3 darjah celcius. Uh.......memang sejuk....rasa macam dok dalam peti ais......Ramai mengatakan cuaca tahun ni lebih sejuk dari tahun lepas. Masa dok rumah flat dulu, cuaca dalam rumah sekitar 15 darjah celcius sahaja. Itupun dah terketar-ketar kesejukan. Bayangkan sekarang......




Pemandangan di hadapan rumah


Oleh kerana ada ramalan mengatakan snow turun hari ni, maka bangun je tidur pagi tadi terus selak langsir. Halaman rumah dan jalan raya juga kereta keputihan dilitupi ais. Tapi tak tebal. Belum salji lagi, hanya hari pertama bermulanya frost di pagi hari di musim winter........ye ke dah winter??? nak kata dah autumn pun belum habis lagi. Daun-daun banyak yang belum luruh......




Ni la dua orang budak yang tak sabar-sabar nak main snow.......

Si kembar beria-ria nak keluar rumah nak pegang ais. Aku pun capai tudung, coat dan camera, snap gambar 2,3 keping di halaman rumah...Oleh kerana kesejukan, tangan pun dah terasa kebas menyucuk-nyucuk, aku ajak twin masuk rumah meski pun mereka belum puas bermain......Sekarang ni dah pukul 10 pagi....tapi ais yang menutupi rumput di laman masih belum cair.....mungkinkah ramalan snow di Lampeter hari ni jadi kenyataan?????
Tunggu!!!!!





Tuesday 28 October 2008

Sepetang di musim luruh

Alhamdulillah, Autumn tahun ni kami berkesempatan merakamkan gambar-gambar kenangan di musim luruh. Tahun lepas nak pergi tapi bertangguh-tangguh, akhirnya winter menyusul. Yang tinggal hanyalah pokok-pokok yang dah togel daunnya berguguran.










Pemandangan di musim luruh memang cantik. Aku sukakannya, dengan daun-daun yang kekuningan dan ada yang keorengan dan kemerahan, bila kena cahaya mentari pemandangannya memang mengasyikkan. Sebahagian pokok pula sudah mula tinggal ranting-rantingnya sahaja.









Kebetulan semalam cuaca agak baik, sekejap hujan dan sekejap panas, tapi memang sejuk.... Di sebelah petangnya, tika ada mentari menyinar, kami sekeluarga pergi ke Universiti untuk bergambar. Dapatlah juga 3,4 keping sebelum hujan turun semula.











Petang jumaat lepas pula, hari pertama cuti sekolah, kami berkesempatan ke Highmead, hajatnya nak merakamkan gambar autumn juga....tapi pokok-pokoknya masih belum kekuningan. Ambilla juga gambar, kebetulan family Ustaz Razali dan kak Naha pun datang nak bergambar. Mar dan Qanita pun ada. Highmead memang jadi salah satu tempat menarik untuk merakamkan gambar ketika musim luruh. Mungkin disebabkan banggunannya dikelilingi banyak pokok menyebabkan pemandangan di situ menarik perhatian ramai.

















Inilah kenangan di musim luruh 2008......



Monday 27 October 2008

Peringatan buat diri yang sering leka


Apa yang ada, jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan


Nikmat yang dikecap,barukan terasa
bila hilang.....


Apa yang diburu, timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman.


Dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus


Nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir


Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang....


Tuhan leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku


kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta


Hanya cintaMu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh


Hanya cintaMu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai, dunia yang ku bunuh


-The Zikr-
Antara Dua Cinta

Sunday 26 October 2008

Swansea



Swansea merupakan bandar yang boleh dikatakan wajib untuk pergi paling kurang 2 kali sebulan, kerana di bandar itulah tempat kami membeli barangan halal termasuk ayam dan daging yang menjadi keutamaan. Kebiasaannya kami pergi ke Swansea pada hari Sabtu kerana carboot diadakan pada hari tersebut. So....membeli belah dulu di carboot di sebelah pagi, menjelang tengahari baru kami ke kedai Exotica dan Asia Market membeli barangan keperluan.







Hampir setahun di UK, pergi ke Swansea hanya dengan tujuan tersebut selain kadang kala menziarahi rakan-rakan semalaysia yang tinggal di situ. Cuti sekolah kali ini, kami pergi ke Swansea untuk berjalan-jalan di kawasan pelancongan yang ada di bandar tersebut. Tarikan utama di Swansea pantai dan laut. Selain Mumbles yang selalu jadi sebutan kami juga berkesempatan ke Rockbay. Cuma cuaca pada hari tersebut tidak mengizinkan untuk berlama-lama di situ. Tidak hujan dan tidak panas, tetapi angin yang kuat bertiup membuatkan kami kesejukan. Tambahan aku dan Zalifah masih batuk dan selsema. Sempat merakamkan 2,3 keping foto kami pun menyusuri pantai tersebut dengan berkereta sahaja.


Di lain hari, bila cuaca dan keadaan mengizinkan kami berhasrat nak berjalan-jalan di sekitar pantai di Swansea. Oleh kerana tempatnya tak lah jauh sangat dari Lampeter, tak perlu tunggu cuti sekolah untuk ke sana. InsyaAllah.








Friday 24 October 2008

Snow day 2008




Sebelum datang UK lagi twin dah berangan-berangan nak main salji. Abah bawa pergi Bukit Cerakah ke rumah 4 musim. Kebetulan masa kami datang tu musim sejuk, so merasalah si kembar kami salji di Malaysia.....

Sampai di UK, dengar cerita orang yang dah lama dok sini, snow biasanya turun sekitar bulan Febuari. Alamak!!!waktu tu due bersalinkan Zalifah. Minta-minta snow turun awal Febuari, merasalah mamanya juga main snow. Bukan anak je yang mengidam main snow. Abah mamanya lebih lagi rupanya.......Si kembar kami apa lagi sibuk nak beli itu ini, kasut boot untuk winter la, scarf la, slide la macam-macam lagi la......

Tunggu punya tunggu, snownya tak turun-turun. Ada pun sangat nipis dan cepat cair. Sebelum datang UK, Imaginasi aku snow tu ada sepanjang musim sejuk, dan mestila cuaca tak panas....sampai sini baru tau rupanya kita tak tau snow tu turun bila.....antara petanda snow nak turun, awan berwarna keputihan dan hujan batu, tapi tak semestinya. Sampailah waktu aku melahirkan Zalifah 15 Febuari 2008. Waktu tu dah nak masuk Spring, sebab bunga Daffodil dah berkembang. Mengikut kata orang di sini, keluarnya bunga Daffodil tanda bermulanya musim bunga, diikuti bunga tulip kemudiannya.

Snow yang ditunggu masih belum turun lagi. Sampai aku habis berpantangkan sikecil. Uh....lega rasanya. Kalau turun pun snow waktu tu tak la kempunan mamanya.......tak dapat main pun paling tidak dapat bergambar..... Sampai la di suatu hari, di pagi hari......bulan April, 6 haribulan, kebetulan waktu cuti sekolah, snow mula turun sejak malamnya sikit demi sedikit. Masa tu kami masih tinggal di rumah flat. So abah mama buka tingkap luas-luas sebab nak rakam detik-detik salji turun......maklum la first time la katakan...... Bila dah agak tebal, abah bawa angah along ke Universiti untuk main snow. Lepas tu abah balik untuk ajak mama dan Zalifah sekali bergambar di Universiti. Masa tu Cik Man, makcik mimi dan Alia pun ada sama. Keluarga pakcik shidi dan makcik Latifah pun ada. Sebenarnya snownya tak tebal pun dalan 2 ke 3 inci je. Sekali golek dah nampak rumput. Tapi jadi la.....janji merasa.....




Puas main dan bergambar depan Universiti kami pergi pula ke padang depan rumah makcik Arena dan pakcik Azman. Hajatnya nak main dengan kak Aliya, kak Athila dan Ifa, rupanya kak Syakirah, sofia dan Fuad pun ada kat situ. Kami buat juge la snowman, tapi tak real sangat......pastu main baling-baling snow.....puas la jugak main.....



ha......along penat main snow sampai tertido....


Cuaca masa tu dah semakin panas, di sebabkan nipis snow pun dah mula cair.....nak kata sejuk sangat tu tak la....tapi disebabkan Zalifah masih kecil, abah mama ajak angah along balik....Kawan-kawan semua pun nak balik..... So habis la kisah sehari bermain snow.

Monday 20 October 2008

KDUK: Bangor 1-3 Ogos 2008

1 Ogos 2008

Bertolak dari Lampeter awal pagi lagi, janji jumpa Ustaz Halim dan Ustaz Mizi sekeluarga di Morrison, Aberystwtyh. Sambil menunggu sempat masuk Morrison beli barang yang diperlukan. Kali ni kami tak booking travelodge untuk bermalam, sebaliknya berhajat untuk bercamping, so tidur dalam khemah je la......

Bila semua dah sampai, dari Morrison kami bertolak ke Bangor. Perjalanan mengambil masa selama 3-4 jam. Tapi di sebabkan berhenti beberapa kali dan keadaan cuaca yang tak berapa baik kerana hujan renyai-renyai, menyebabkan kelancaran perjalanan kami agak terganggu. Sampai di Bandar Bangor dah tengahari, terus cari parking dan solat di masjid yang terletak di tengah-tengah bandar tersebut. Lepas solat kami makan tengahari dalam kereta masing-masing kerana tiada tempat yang sesuai untuk makan beramai. Selesai makan destinasi seterusnya ialah ke rumah warga Malaysia di Bangor yang belum kami kenali.

Sampai di kawasan rumah mereka, masing-masing memperkenalkan diri. Rumah pertama yang kami tujui dihuni oleh Hajar dan En.Ali. Mereka tinggal menyewa di rumah keluarga yang disediakan oleh Universiti. Kebetulan rumah di groundfloornya semua dihuni oleh warga Malaysia kecuali sebuah rumah sahaja yang dihuni bangsa lain. Sibuk Hajar melayan kami sebagai tetamunya dan menyempatkan diri untuk masak bubur kacang durian sebagai hidangan istimewa untuk kami. Mereka pun masing-masing tengah sibuk menolong kak zu yang duduk bersebelahan rumahnya untuk packing barang, kebetulan nak loading barang dalam kontena untuk pulang ke Malaysia keesokan harinya. Hampir petang setelah hujan berhenti kami meminta diri untuk ke tapak perkhemahan dan berjanji akan kembali keesokan harinya.


Perjalanan ke tapak perkhemahan mengambil masa dalam setengah jam. Sampai di sana para suami mendaftarkan kehadiran di pejabat pengurusan. Seterusnya kami meninjau-ninjau kawasan yang sesuai untuk didirikan 3 khemah berdekatan. Alhamdulillah ada tapak yang sesuai yang letaknya tidak jauh dari bilik air yang disediakan. Apalagi, masing-masing bertungkus lumus mendirikan khemah. Anak-anak pun sibuk menolong. Setelah khemah siap di dirikan kami buat persiapan untuk BBQ di sebelah malamnya. Selesai BBQ masing-masing bersiap sedia untuk tidur kerana keletihan.....



Gambar angah along masa BBQ





Mama dan Zalifah dalam khemah



Angah along ready for sleep


2 Ogos 2008




Masa sarapan pagi


Em....yummy yummy.......



Pagi-pagi lagi bangun untuk solat subuh....Aduhai....sejuknya tak terkata nak keluar khemah untuk berwuduk dan solat subuh. Lepas solat terus prepare sarapan pagi dengan kak Na dan kak Bib. Ala kadar je...Pagi tu kami makan mee dan nasi goreng. Selesai makan kami ke carboot berhampiran. Suamiku dan ustaz Halim bercadang mahu beli pancing untuk memancing di laut. Dengar orang Bangor cerita pernah sekali pergi dapat beribu ikan makerel sampai kenduri kawin pun berlaukkan ikan yang dipancing.......





Bergambar di hadapan khemah kami





Dari carboot kami kembali ke rumah Hajar dan Ali, kebetulan masa kami sampai semua barang-barang sudah selesai diangkat dalam kontena. Kebanyakan warga Malaysia di Bangor ada di situ. Juga sebahagiannya datang menziarahi kak Zu dan suami dari Liverpool. Setelah lori kontena bergerak meninggalkan kediaman, kami semua di jemput untuk menjamu selesa. Pelbagai juadah di sediakan secara potluck. Kemudian kami lepak di rumah kak zu pula yang dah jadi luas sekelip mata kerana kebanyakan perabot dan barang dah on the way ke Malaysia. Sementara itu para suami menghabiskan petang itu untuk memancing bertemankan sahabat-sahabat di Bangor yang memang kaki pancing. Maka menunggulah sang-sang isteri yang setia di rumah teman yang baru dikenali. Oleh kerana kawasan rumah mereka terletak berhampiran bandar Bangor, Aku dan kak bib ambil kesempatan untuk cari postcard dan souvenir "Bangor" untuk di bawa pulang ke Lampeter. Memang rumahnya dekat dengan bandar tu tapi bukitnya mak ai.......tingginya.....namun kami gagahi jua.......dengan si Zalifah dan Ahmad di dokongan.....nak patah pinggang di buatnya.....



Tunggu punya tunggu sampai ke malam, lebih kurang Pukul 8 lebih baru mereka pulang dari memancing. Oleh kerana rezeki tak berapa menyebelahi kami, Hajar sibuk membakar ikan makerel frozennya. Terkejut tengok besarnya...tapi orang sana kata ni kecik biasanya yang dapat lagi besar......rasanya memang cukup manis.....Lepas makan kami kembali ke tapak perkhemahan untuk tidur......




3 Ogos 2008




Hari untuk pulang.....



Seperti hari sebelumnya, pagi-pagi lagi bangun solat subuh dan prepare sarapan. Hari ni hari terakhir kami bercamping. So lepas sarapan kena packkan semua barang dan robohkan khemah. Menu sarapan pagi haritu banyak la sikit sebab nak buat bekal perjalanan balik.




Persediaan untuk memancing ketam


Lepak santai di jeti




Selesai semuanya kami bertolak ke carboot untuk membeli belah, dari carboot bertolak ke jeti untuk memancing ketam. Pengalaman pertama kami memancing ketam. Dapat la 5,6 ekor untuk di bawa pulang. Lama gak lepak kat situ. Dari situ bertolak pula ke Beumaris untuk makan tengahari. Aku kagum melihat pemandangan di situ. Sangat cantik dan mengasyikkan. Lepas makan dan posing di situ, kami pun bertolak pulang ke Lampeter. On the way berhenti di satu kawasan yang cantik untuk bergambar. Tak lama di situ kerana hujan mula turun. Masing-masing masuk kereta dan bertolak pulang ke Lampeter........






Berselera sambil menjamu mata








Anak-anak yang keriangan...



Anak dara ni pun tak ketinggalan nak berposing....





Snowdonia, on the way back to Lampeter