Pertama kali sampai di UK dulu pada 070707 di Cardiff Airport. Memang tak berkesempatan berjalan ke mana-mana. Kepenatan dek kerana perjalanan yang panjang. November tahun lepas baru sempat ke Cardiff, menghabiskan cuti hujung minggu. Waktu tu masih musim raya. Pergi bersama Kamaruzzaman sekeluarga, bermalam di rumah Rizal kawan sekerja abang di UM. Masa tu Zalifah masih dalam kandungan. Petang sabtu tu kami bersiar-siar di Cardiff Bay dan kawasan sekitarnya. Hari Ahad pula menghabiskan masa di car boot, selepas puas bershopping ,shopping lagi di Global membeli barang keperluan dapur, kemudian berhari raya di rumah terbuka warga Malaysia di Swansea. Malamnya selepas solat maghrib kami bertolak pulang ke Lampeter.
Bersama Rizal dan Dilah
0 comments:
Post a Comment