CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday 29 April 2010

Aktiviti hujung minggu

Cuaca petang ahad lalu masih seperti paginya, tetapi tidak hujan cuma Kekadang panas dan kekadang mendung. Petang tu abah tak dapat calling dari kengkawan untuk bermain golf atau tenis di universiti. Mungkin cuaca tak berapa mengizinkan...tambahan kami baru pulang dari Aberystwyth. Dah beberapa kali juga along angah ajak bermain di padang sekolah. Selesai makan, solat dan berehat beberapa ketika abah ajak main di padang sekolah berhampiran rumah kami. Zalifah pun turut bergembira........boleh main kacut lodanya.


Tukang kutip bola....

Abah practice



Zalifah tolong letakkan bola golf untuk abah

Lepas tu terus bawa lari bola dan pakunya...

Enjoy!

Dah berpeluh....buka coat bagi mama....


Flowers @ Aberystwyth Castle



Aberystwyth Castle merupakan antara tempat wajib yang kami kunjungi di musim bunga setiap tahun. Tahun lepas semerbak bau bunga Hyacinth menyambut kedatangan kami sebaik melangkahkan kaki di castle ni. Namun tahun ni hanya sedikit saja hyacinth di tanam berhampiran dengan playground kanak-kanak. Kebetulan hari kami ke sana ( ahad lepas) cuaca tak berapa cantik. Kadang-kadang ok kekadang hujan, so gambar tak la berapa cantik kerana awan tak membiru.......tapi kalau tak bergambar bimbang juga terlepas, tulip pun dah kembang mekar. Takut-takut bila pergi lagi sekali, cuaca cantik... tapi kelopak tulip dah berguguran ke bumi. Pada pandangan saya musim bunga tahun ni tak berapa menjadi.....mungkin sebab musim sejuk yang terlalu panjang. Bunga Daffodill pun dah mula kering. Jom tengok pose Along, angah dan Zalifah dengan bunga-bunga di castle ni......



Zalifah nak tiru gaya Along angah posing.....lucu tengok keletahnya waktu tu. Pusing sini tak jadi, pusing sana tak jadi....at last jadi macam dalam gambar ni la....boleh la....nanti belajar lagi ngan kakak ye!




Berikut sebahagian dari bunga-bunga yang terdapat di Castle ni......Anak-anak sibuk nak main di playground, Abah pergi town, so mama hanya dapat ambik gambar bunga-bunga ni jer....


Monday 26 April 2010

Aberystwyth Castle

Glan y Mor Leisure Park

Llysmeddyg: Musim bunga 2010

Bunga Magnolia di bahagian tepi di hadapan rumah kami. Pokoknya Betul-betul terletak di pintu pagar kecil jalan masuk ke rumah kami.

Bunga Dandelion yang melata di halaman rumah....kekuningan.

Berikut adalah bunga Daffodil yang secara rasminya menjadi bunga kebangsaan di sini. Ada pelbagai warna Kuning pekat, kuning cair dan oren.

Hyacinth di depan rumah

Magnolia.....

Bunga purple dan kuning ni pula memenuhi tanah di bahagian belakang rumah.

Daffodil di tepi rumah.

Magnolia

Hyacinth purple dan pink, baunya harum semerbak

Daffodil warna kuning cair, di depan dan belakang rumah.

Satu-satunya bunga berwarna merah yang tumbuh dihadapan rumah. Sedang menunggu kembangnya bunga rose jepun yang juga berwarna merah di halaman rumah.

Bunga queen ni terletak di tepi rumah kami.

Bunga purle di ada di bahagian tepi rumah dekat tempat parking kereta
Dandelian di bahagian belakang rumah.

Daisy ni juga tumbuh melata terutamanya di bahagian belakang rumah.