CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 26 February 2009

KDUK: Day 4 part 2 Jejak di bumi Anbiya' 22 Jan 2009




Selesai solat kami keluar semula ke tempat menunggu taxi. jejak seterusnya ialah Asfour crystal di Mansuroh. Kami menaiki public transport yang dipanggil el-tramco, tapi kalau dengar orang di sana panggil cam trampo je.......ia merupakan van-van awam yang di gunakan untuk mencari sumber rezeki tuan empunya kenderaan. Bayaran tambang yang dikenakan jauh lebih murah berbanding taxi, semurah LE 0.50 ( dalam 2p kot kalau guna matawang UK nih) . Pun tak de peraturan menaikinya, aci muat jer.....tak boleh tutup pintu pun tak pe janji van boleh bergerak.



Asfour crystal terdiri dari banggunan 3 tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai hiasan dari Crystal, daripada lampu hiasan rumah, barang perhiasan wanita dan lain-lain lagi. Sampai di situ kami pun pusing2 , jalan-jalan, tengok2 , pilih-pilih mana yang berkenan dan mana yang termampu di bawa pulang.




Dari Asfour nak ke stesen bas kami nak rasa naik satu lagi public transport yang dikenali dengan nama glamournya tut....tut...kami tahan tiga tut-tut yang kosong sekali gus. Tut-tut memang banyak di kawasan nih. Tut-tut ni nak kata motor bukan motor nak kata kereta pun bukan kereta. Haaa......ni dia rupenye....



Ni gambar tut-tut yang diambil masa baru sampai di Asfour. Masa tu siang lagi.....sempat gak snap gambar mama jual roti nih. Expert betul dia balancekan tempat letak roti tu. Bukan jalan laju je, tapi siap berlenggang lagi......Lepas bayar hasil tuaian di Asfour tup-tup bila keluar Asfour, hari dah gelap rupanya. Lamanya shopping!!!!!!.ye ke????

Kat stesen bas tu kami sempat lagi minum a'sir hilangkan dahaga. Tak jadi naik bas, tunggu tramco pun tak jadik gak akhirnya kami naik train ke Tahrir. Penat berjalan ke hulu ke hilir tunggu tu tak jadi naik tunggu ni tak jadi naik, Angah mengadu tak larat jalan sebab kaki dia terseliuh masa di Asfour, maka angah kena capuk belakang abah.....sian kat abah, bukannya ringan macam masa kecik2 dulu.





Laju gak train bawah tanahnya. Lebih kurang macam LRT kalau kat Malaysia. Sampai di Tahrir kami cari KFC untuk isi perut. Dah berhari-hari bebudak nih bersungut nak makan KFC lah, Mc Donald lah...Pizza Hut la.....Kalau di UK mintak-mintak pun memang tak dapat. Kalau takat fries tu....balik goreng di rumah jer....tapi kali ni mengalah la jugak....Sebenonye mak bapaknye pun teringin juge.Hik3....

Keluar dari KFC, kami bergambar di luar berlatar belakangkan bandar Tahrir di malam hari, nun di seberang jalan Sg. Nil menggamit-gamit minta dijenguk. Kami pun berjalan menghampiri tepian Sg Nil. Ada Singa batu di situ, malangnya cuaca yang berdebu menyebabkan kameraku yang tak secanggih mana tak dapat merakamkan pemandangan dengan jelas.


Dari tepian Sg. Nil tu kami pulang ke rumah, dah seharian menapak ke sana sini. Tapi sebelum sampai di rumah singgah dulu di perhentian wajib iatu gerai A'sir , teguk dulu segelas a'sir baru sah pulang ke rumah. Sebenarnya boleh di katakan setiap malam pulang dari berjalan-jalan , sebelum balik rumah kami minum dulu di gerai A'sir. A'sir ialah jus pelbagai jenis buah-buahan. Jus mangga, tembikai susu, delima, Strawbery dan sebagainya. Buah2 ni di blend tanpa air dan dicampurkan dengan susu bagi sesetengah buah. Hasilnya jus pekat yang memang sedap untuk dinikmati. Selain tu A'sob / air tebu juga terkenal di sana. Kalau di Malaysia tebunya di mesin berkali2 tapi di Mesir hanya sekali mesin je kemudian tebu tu dah dikira hampas. Juga tidak di campur air atau gula. Memang manis.........


2 comments:

hnyhar said...

waaa..bestnye dpt jln2..mkn kfc..minum air tebu...yg pntg dpt pngalaman berharga..

nar said...

Thanks nani...