CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 19 February 2009

KDUK: Day 3 Part 1 Jejak di bumi Anbia' 21 Jan 2009.

Kami ke Kafetaria Rumah Selangor pulak pagi tu untuk bersarapan. Makan sementara menunggu Yasir. Destinasi kami yang dirancang untuk hari tu ialah Masjid Hussin ( cucu Rasulullah), Khan el-Khalili Bazaar, Masjid al-Azhar dan Malaysia Hall di Abbasiah. Selesai makan kami berjalan ke tempat menunggu taxi. Dengan menaiki 2 taxi kami ke Masjid Hussin yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kereta dari Haiyu Asyir.



Sampai di Masjid Hussin aku tertarik dengan budak-budak lelaki yang menjual roti di perkarangan hadapan Masjid. Beriya-iya bebudak tu promote suruh beli tapi kami tiada keinginan. Roti tu tak nampak menyelerakan pun, tambahan hanya diletakkan di atas alas kayu tanpa ditutup. Roti itulah yang dijunjung ke sana ke mari pencari pelanggan yang sudi membeli. Kagum aku melihat kegigihan mereka mencari rezeki.



Bangunan di sebelah kiri Masjid Hussin


Bangunan di sebelah kiri Masjid Hussin


Memasuki perkarangan Masjid menuju ke satu lagi pintu di mana terletaknya makam Hussin, Berdiri mengadap makam dan membaca Fatihah sambil memerhatikan ragam manusia. Ada yang datang terus membuka lilitan tudung di leher, mengusap-ngusap makam sambil menangis. Ada juga yang mengelap2 pagar besi makam sambil teresak2 menganis. Bagiku itu sudah keterlaluan. Itu baru seketika aku di situ. Jika di tunggu seharian, pasti pelbagai ragam lagi gelagat manusia yang dapat diperhatikan.


Dari Masjid Hussin kami ke Khan el-Khalili Bazaar yang juga dikenali sebagai Hussin Bazaar, mungkin kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan masjid Hussin. Dari Hussin kami ke A'tabah. Di A'tabah juga terdapat bazaar menjual pelbagai barangan seperti di Hussin. Sebaik sahaja kaki melangkah menyusuri lorong Hussin, terdengar penjual2 di situ memanggil2

" Malaysia.....Malaysia......mari masuk....harga murah....harga murah....."

dengan loghat arabnya. Kami buat2 tak tau jer. Yasir kata itu dah jadi kebiasaan di situ. Pelbagai barang yang diniagakan. Jubah, tudung, perhiasan wanita, cadar , sarung bantal, seluar, stoking, buahan kering dan sebagainya. Tapi boleh dikatakan sebahagian besarnya adalah pakaian yang dah siap di jahit. Terdapat juga kedai2 yang menjual kain ela.


Dari A'tabah kami menaiki satu taxi yang disumbat selagi muat dalamnya (13 orang, termasuk driver. Aku 5 beranak, kak Na 6 beranak dan Yasir). Jenuh jugak nak menyusunnya. Anak2 sumbat terus kat kerusi belakang. Tang tengah pulak kak Na dulu masuk, kemudian aku dan abang, dok depan confirm Yasir dan Ust. Mizi. Tergelak-gelak kitaorang dalam taxi tu dari naik sampai la turun.



Actually tak jauh mana pun dari A'tabah ke Masjid Azhar tu...boleh je kalau nak jalan kaki, cuma dek kerana habis kami ronda lorong Hussin tu sampai hujung pusing pulak satu round lagi di lorong A'tabah membuatkan anak2 kecapekan. Nak senang dari situ kami ambik taxi ke Masjid Azhar.

0 comments: