Destinasi pilihan hari tersebut ialah ke carboot Hitchin. Pepagi lagi bersiap dan bersarapan. Semua orang tak mau ketinggalan. Alhamdulillah cuaca ok cuma booter tak berapa ramai. Mungkin sebab suhu yang agak dingin haritu. Barang-barang yang diniagakan tak berapa menarik perhatian ku. Tak beli apa pun cuma sebuah buku kesukaanku (Flower arranging) dan jam meja. Apa yang lebih membuatkan aku terpegun ialah pemandangan diantara car park dan tapak carboot tersebut. Subhanallah...indah sungguh ciptaanMu.
Dari carboot kami pulang semula ke rumah Syam & kak Fa. Tengahari ke rumah kak Ita, berkenal-kenalan dengan anak2nya dan berdiskusi serba sedikit tentang soal agama. Selepas tu kami menjamu selera dengan masakan kak Ita yang semua maklum memang sedap dan menyelerakan. Rezeki kami tengahari tu ialah udang masak pedas, ayam goreng, sayur campur dan ikan masak lemak cili api dengan lobak putih. Special thanks to Kak Ita & family.
Lepas bersantap juadah istimewa di rumah kak Ita, kami bersiap-siap pula untuk ke Kota London. Malam tu jalan sibuk semacam.Tak tau kenapa. Sana sini traffic jam. Pergi pulak 4 kereta. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Kami ke London Eye, menyaksikan panorama malam di kota London. Walau sejuk terketar-ketar malam tu kami meronda juga di sekitar Milleniun wheels tu sambil bergambar.
Dari Millenium wheels kami ke Malaysia Hall untuk menjamu selera. Perjalanan balik agak lancar. Kereta pun dah semakin kurang. Seharian dengan pelbagai aktiviti. Tak terasa penat sebab puas hati.
0 comments:
Post a Comment