Hari ni jejak seterusnya ke Pasar Manhal di Haiyu Thamin. Untuk ke pasar tersebut kami melalui Suq Saiyarah ( pasar kereta) yang di buka pada setiap hari Jumaat. Terkejut aku melihat selautan manusia dan kereta-kereta yang nak diniagakan. Sejauh mana mata memandang sejauh itulah tempat tu dipenuhi oleh manusia dan kereta-keretanya. Padang tu memang jadi laluan kami sehari-hari cuma pada hari sebelumnya ianya lengang je, bila sampai kat situ hari jumaat tengok ada sebanyak2 manusia di situ. Tu yang aku macam heran. Lepas snap beberapa keping foto kami meneruskan perjalanan ke Pasar manhal.
Pasar basah ni menjual pelbagai jenis haiwan dari haiwan sungai, laut darat dan udara. Semua ada......(tapi haiwan yang boleh di makan le.....jgn tanya rimau ke singe ke....itu zooo namanye). Dari pelbagai jenis ikan, ( keli, talapia,senangin, sardin, bilis hidup, kembung) ke sotong, ketam dan udang pelbagai jenis dan saiz. Nak yang besar ada yang kecik pun ada.....siap ada satu kedai yang buat goreng celup tepung lagi. Pilih je nak sotong goreng ke, ikan goreng ke....dorang siang basuh dan gorengkan. Harganya tambah LE 5 ( tak sampai pun GBP 1) dari harga asalnya. Memang berbaloi.......
Tu baru cerita ikan, ketam, sotong dan udang. Selain dari tu ada ayam, itik, burung merpati, dan arnab yang bersedia menanti giliran menjadi korban hari tuh. Yang buat aku musykil ayam, itik dan burung2 merpati tu hanya diletakkan di atas bakul je tak pulak dia terbang atau lari.
gambar kat kambing ni......yang atas mata Along terpejam, ambik gambar seali lagi, mata angah pulak pejam....macam pakat je....
Di bahagian luar pasar basah tu pulak ada pasar kering yang menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan dengan harga yang sangat murah. Sayuran dan buahannya pulak fresh dan menyelerakan. Buah Strawbery dijual dengan harga LE 3.50 sekilogram dalam 50p je duit UK. Memang puas makan Strawberry sepanjang dok di sana.
Bercerita pulak tentang gelagat dan ragam orang di situ memang melucukan. Masuk je ke kawasan pasar kering tu mengingatkan aku pada orang2 Asli di Cameron Highland. Orang2 Arab di kawasan tu adalah orang2 kampung yang dikenali sebagai Baladi. Mereka jarang jumpa orang luar. Ye lah mana ada tourist lain yang melawat Egypt nak menyinsing kain dan seluar masuk ke pasar yang hanyir dengan bau ikan dan sebagainya. Biasanya mereka hanya pergi ke Pyramid Giza, Hussin dan tempat2 yang memang tempat yang patut di lawati. Orang-orang Baladi ni memang kemaruk nak bergambar. Semua memanggil-manggil kami minta diambilkan gambar mereka, especially budak berbaju merah kat atas ni. Kali pertama aku lalu di depan gerai jualannya dia mintak untuk bergambar tapi daddynya kata "haraam.....haraammmm" aku pun tak beranila........Bila aku lalu kali kedua masa ayahnya tak de kat situ lagi sekali dia merayu-merayu. Aku pun ambikkan la gambar dia. Lepas tu baru dia senyummm puas hati. Sementara menunggu abang, ust. mizi dan Yasir solat Jumaat di masjid berhampiran Pasar tu kami duduk di kaki lima pasar tu. Bila dorang balik solat siap pikul 2 batang tebu. Budak bersorak suka...maklum la dah 2 tahun tak ragut tebu.....(teringat nenek gombak, bila cucu berkumpul selalu gak nenek ambik tebu jamu cucunya).
Selesai makan tebu kami pulang ke rumah sekejap je untuk simpan barang basah yang dibeli di pasar dan solat ( perempuan) sebelum keluar semula ke destinasi seterusnya - Asfour Kristal di Mansuroh.
2 comments:
wow..bestnye akak jln2 di sana eh..
haah....memang best akak rasa nani, pengalaman baru...jauh beza dgn suasana dok kat UK ni. Dari apa segi sekali pun. Perangai dan ragam orangnya, peraturan hidupnya, suasana persekitarannya, semua berbeza. Hidup kat sana rasa macam serba serbinya terkocoh kacah, hingar bingar dan kelam kelibut. Tapi org yg dah lama dok kat sana rasa cam biasa jer..Perasaan camtu Mungkin dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. InsyaAllah ada rezeki nanti sampai juga turn nani bermusafir di bumi Anbiya' tuh.....
Post a Comment