CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 19 February 2009

KDUK: Day 2 Part 3 Jejak di bumi Anbiya' 21 Jan 2009

Sebaik sahaja bas memasuki bumi Kaherah, suasana bertukar serta merta. Kebetulan waktu kami sampai dalam pukul 5.30 petang, waktu kenderaan tengah banyak di jalanan. Dengan keadaan jalanraya yang tiada lane dan traffic light, bersimpang siur, piiiin sana tiiiin sini dan manusia yang terkocoh kacah di sana sini membuatkan suasana yang ku lihat jauh dari kedamaian padang pasir sinai yang seakan tiada berpenghuni.

Dengan 6 buah beg yang tak boleh lepa dari pandangan (sentiasa diawasi dan dikira cukup ke tidak), dan dengan Pak-pak Arab yang mempromote untuk ambik perkhidmatan mereka cukup membuatkan suasana sedikit panas.....Aku memang terkejut.....mengamati suasana sekitar kawasan Mahattoh ( Stesen bas) itu. Sampaikan tak tersnap gambar walau sekeping pun ketika itu.

Akhirnya Ustaz Mizi dapat deal dengan 2 orang driver taxi untuk ke Haiyu A'syir. Seorang masih muda dan seorang lagi agak berumur. Bila taxi tu mula keluar dari kawasan Mahattoh ke jalanraya gerun jugak aku rasa....dengan keadaan jalanraya yang kurasakan berserabut dan hingar bingar dengan bunyi hon di sana sini, tapi dalam hati aku betul2 kagum dengan kecekapan mereka-mereka yang drive kereta dalam keadaan sebegitu.

Masa deal dengan driver taxi tu mereka kata tahu dimana lokasinya baitut-tolabah Malayzi di Haiyu Asyir tuh. Tub-tub dalam kereta di pertengahan jalan dia pulak tanya kita.... (apa ceriter). Betullah kata orang yang dah berpengalaman dok sana....orang Arab ni bodoh sombong. Kalau tanya tak pernah mengaku tak tahu....semua dorang tahu.....Sudahnya Ustaz mizi telefon Ustaz Engku Omar, Pemilik rumah yang kami sewa. Alih-alih driver taxi yang muda tu ambik handphone dan marah2 Ustaz tu pulak. Ustaz Mizi pun bengangla.....apa hal dia nak marah Pak Engku tu pulak. Terjadi pertengkaran antara mereka-mereka tu. Biar betul.....aku pun kecut perut bila Ustaz Mizi tinggikan suara marah kat driver taxi tu. Dalam pada tu ada seorang tua yang datang menghampiri sambil menyebut nama Omar...Omar....Masa tu kami rasa dah sampai ke kawasan rumah sewa tu. Driver taxi tu lagi naik angin bila Ustaz Mizi suruh dia berambus dari situ.....Tak lama kemudian Pak Engku tu pun sampai, leraikan pertengkaran dan suruh driver taxi tu balik dan bawa kami semua ke rumah sewanya itu. Dengan tersengeh2 Ustaz mizi kata "tu baru gimik je tu....dah lama tak gaduh....." Waduh-waduh begitu ghupenye.

Selepas berkenal-kenalan dengan Pak Engku dan serahkan kunci rumah, Pak Engku meninggalkan kami. Oleh kerana kami semua dah kelaparan, abang dan Ust. Mizi pergi beli burger manakala kami tour rumah dan merehatkan diri masing-masing. Inilah rumah 2 bilik yang kami diami sepanjang 14 hari di Cairo, Egypt.





Selesai makan burger kami solat dan keluar semula kemudiannya untuk makan makanan berat pulak. Burger tu sekadar alas perut je. Kami ke Kafetaria rumah Pahang. Actually kami dok di kawasan Asrama Pelajar Malaysia di Mesir. Rumah kami di bangunan rumah Wilayah (groundfloor). Di belakang rumah kami terdapat rumah-rumah negeri lain, Rumah Terengganu, Rumah Pahang, Rumah Selangor, Rumah Kedah dan lain-lain. Malam tu kami makan mee goreng mamak, nasi goreng mutiara dan tom yam ayam.




Masa makan malam ni lak kami jumpa YASIR, seorang anak muda yang baru menamatkan pengajian di sana. Sebahagian besar keluarganya menetap di Saudi Arabiyah. Orangnya nampak series...garang...tapi lembut hati. Dialah yang baaanyaaakkkk membantu sepanjang percutian kami di sana.



SPECIAL THANKS TO YASIR. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

2 comments:

azlina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.