Masa ni angah along ambik Zalifah untuk bertatih di kawasan lapang tengah2 masjid di bahagian luar ni. Tu la aku boleh posing sakan dengan abang. Lepas tu tiba tiba ada pak Arab datang menyapa Zalifah yang tengah leka main dengan kakak kembarnya. Siap ambik gambar Zalifah 5,6 keping, kemudian dokong dan cium Zalifah berkali-kali. Masa tu berdebar gak aku, takut dia bawak lari. Tapi lepas tu Yasir kata dia salah seorang Ustaz yang ngajar di situ. Patut aku tengok muka dia muka orang baik ,tenang dan ada tanda di dahinya. Siap bawak kitab lagi. Pelbagai tafsiran bermain di minda dengan perlakuan Ustaz tu. Dia berjauhan dengan anaknya kot atau dia memang sukakan baby......itu fikirku.
Selesai makan kami pun pulang ke rumah. Pada malam tu atas permintaan kami untuk mengenali adik2 akhawat yang belajar di universiti Azhar Mesir, Yasir perkenalkan kami Ummu Syabinar ( sepupu Yasir ), Ummu Hani dan Hawa. Berta'aruf dengan mereka ternyata adik2 ni memang baik dan ramah2 belaka. Masa tu mereka sedang berperang dengan Imtihan (peperiksaan). Masih ada satu dua paper yang menanti.
Selain Yasir mereka banyak menghulurkan bantuan sepanjang percutian kami di sana. Anak-anak cepat mesra dengan mereka. Tambahan bila semuanya dah habis exam dan punya banyak masa melayan kerenah budak2 ni. Terima kasih atas segala bantuan, hanya Allah yang mampu membalasnya.
0 comments:
Post a Comment