CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 18 February 2009

KDUK: Day 2 Part 2 Jejak di bumi Anbiya' 21 Jan 2009

Sebuah van menanti di depan pintu gerbang hotel. Selesai menaikkan beg2 di atas van dan kami
dah berada di dalamnya, van bergerak menuju ke stesen bas untuk ke Kaherah. Sampai di stesen bas masa masih panjang.



Kami pun ke kafetaria berhampiran untuk minum2. Aku order syai (teh), biasa-biasa je...manakala abang order Qahwah (pertama kali pekena kopi Arab di sana). Sebelum ni pernah minum di UK di rumah supervisor thesis Dr Dawood. Memang dah tau rasanya pahit sebab pekat tapi saje nak try test tengok camaner......minum di sini pulak....



Ha....inilah rupe cik abang saye minum Qahwah......mula-mula dapat tersenyum simpul la.....dah dapat muka lagi kelat dari kopi tu....tambah gula bersudu2, tak cukup gula tambah lak air mineral....baru boleh minum. Pastu tobat abang tak order dah Qahwah. Tambah2 dah jumpa A'sir di Kaherah.he...he..he... orang tu jangan marah ....


Selesai minum2 dan cukup masanya kami bersiap2 untuk naik bas. Perjalanan ke Cairo agak panjang, makan masa lebih kurang 7 jam. Bas tu pun ok, ada air-cond, ada tv, ada toilet dan ada pramugara sekali bagi sape2 yang nak order makan minum sepanjang perjalanan.




Mula2 naik bas twin memang excited....tapi akhirnya terlentok jugak.....aku pulak asyik dengan pemandangan2 indah ciptaan Allah. Walau pun boleh dikatakan sepanjang perjalanan pemandangan yang aku nampak di kiri kana jalan sebahagian besarnya adalah padang pasir, tapi aku teruja dengan keindahannya. Setiap bukit dan lekuk yang terbentuk ada keunikannya. Subhanallah....




Pemandangan sepanjang perjalanan merentasi padang pasir Sinai ini begitu mengkagumkan aku, dari padang pasir yang memukau mata, kini kami lalui pula persisiran pantai. Terdapat beberapa syarikat dan pelantar minyak di sepanjang perjalanan. Kami juga melalui beberapa check tentera di setiap sempadan kawasan . Seorang pegawai akan memeriksa pasport penumpang bas warga asing dan satu daripadanya memeriksa barang2 yang dibawa. Lebih menarik lagi kami juga melalui terowong dibawah terusan Suez. Malangnya aku tak sempat nak pick up gambar dan gambar terowong di bawah terusan suez ni terpaksa diimport dari blog Sya (Thanks sya).



Sebelum menaiki bas, memikirkan tujuh jam perjalanan, waduh...waduh...terasa membosankan. Tapi setelah melalui pemandangan-pemandangan yang mengasyikkan ku rasa betapa ruginya melelapkan mata. Memang aku tak tidur walaupun sebentar. Biar pun padang pasir itu sarat dengan debu2 kotorannya namun di sebalik cermin kaca tingkap bas itu tetap terpamer keindahan dan keunikannya yang entah bila dapat ku tatapi kembali. Begitu pun anak2 yang masih kecil dan belum pandai melihat dan menilai betapa indahnya ciptaan Ilahi di setiap jejalur bukit berpasir itu lena melelapkan mata.


Bertolak dari Sharm el-Sheikh pukul 9.30 pagi, pukul 5.30 petang baru sampai di Cairo/Egypt/Mesir/Qaherah. Turun je dari bas kami dikerumuni Pak-pak Arab driver taxi masing-masing promote naik taxi dorang. Dengan beg yang berbondong-bondong kami ambik 2 taxi untuk Haiyu A'syir, Tub-Ramli Baitut-Tolabah lil-malayzi ( Asrama Pelajar Malaysia ).

2 comments:

hnyhar said...

syoknye akak....

nar said...

Alhamdulillah, berpeluang tengok negara org. Lain tempat lain pulak ragamnya.