Kat stesen bas tu kami sempat lagi minum a'sir hilangkan dahaga. Tak jadi naik bas, tunggu tramco pun tak jadik gak akhirnya kami naik train ke Tahrir. Penat berjalan ke hulu ke hilir tunggu tu tak jadi naik tunggu ni tak jadi naik, Angah mengadu tak larat jalan sebab kaki dia terseliuh masa di Asfour, maka angah kena capuk belakang abah.....sian kat abah, bukannya ringan macam masa kecik2 dulu.
Laju gak train bawah tanahnya. Lebih kurang macam LRT kalau kat Malaysia. Sampai di Tahrir kami cari KFC untuk isi perut. Dah berhari-hari bebudak nih bersungut nak makan KFC lah, Mc Donald lah...Pizza Hut la.....Kalau di UK mintak-mintak pun memang tak dapat. Kalau takat fries tu....balik goreng di rumah jer....tapi kali ni mengalah la jugak....Sebenonye mak bapaknye pun teringin juge.Hik3....
Keluar dari KFC, kami bergambar di luar berlatar belakangkan bandar Tahrir di malam hari, nun di seberang jalan Sg. Nil menggamit-gamit minta dijenguk. Kami pun berjalan menghampiri tepian Sg Nil. Ada Singa batu di situ, malangnya cuaca yang berdebu menyebabkan kameraku yang tak secanggih mana tak dapat merakamkan pemandangan dengan jelas.
Dari tepian Sg. Nil tu kami pulang ke rumah, dah seharian menapak ke sana sini. Tapi sebelum sampai di rumah singgah dulu di perhentian wajib iatu gerai A'sir , teguk dulu segelas a'sir baru sah pulang ke rumah. Sebenarnya boleh di katakan setiap malam pulang dari berjalan-jalan , sebelum balik rumah kami minum dulu di gerai A'sir. A'sir ialah jus pelbagai jenis buah-buahan. Jus mangga, tembikai susu, delima, Strawbery dan sebagainya. Buah2 ni di blend tanpa air dan dicampurkan dengan susu bagi sesetengah buah. Hasilnya jus pekat yang memang sedap untuk dinikmati. Selain tu A'sob / air tebu juga terkenal di sana. Kalau di Malaysia tebunya di mesin berkali2 tapi di Mesir hanya sekali mesin je kemudian tebu tu dah dikira hampas. Juga tidak di campur air atau gula. Memang manis.........