Tahun ni terasa begitu cepat Ramadhan berlalu, mungkin kerana kesibukan waktu siang hari menyebabkan aku kepenatan di malam hari, tambahan aku bekerja dan punya si kecil .Pejam celik pejam celik Syawal dah pun menjelma.....
Tahun ni terasa ok la sikit persiapan untuk hari raya berbanding tahun lepas. Memandangkan baby kecilku masih belum punya baju kurung, aku usahakan juga menjahit 2 pasang baju kurung untuknya. Alhamdulillah dapat kain yang sama warna dengan baju raya yang kami ada, maka dapat la sedondon berbaju raya. Tentang kuih raya pulak,buat la juga beberapa jenis, antaranya kuih siput, rempeyek, tat nenas, biskut arab, samperit dan sarang semut.Kononnya last day puasa (selasa, sebab ramai yang kata raya hari rabu), baru nak buat almond London, tup-tup petang Isnin tu dapat tahu raya hari selasa. Kalut la jugak rasanya. Almond London terpaksa di ketepikan sebab malam tu jugak la, aku nak masak lemang, nasi impit, kuah kacang dan rendang.
Buat lemang jugak kat UK??????, Buat.........Orang lain tak pe je tak de lemang di pagi raya...aku je yang ngada-ngada nak semua ada. Tapi tak pe lah masih terdaya untuk membuatnya.Bukannya apa.Orang kata Orang Perak kalau tak makan lemang hari raya tak sah....he...he...he..
Cam mana nak buat????, kat sini semua ada....opp!!!!buluh lemang jer yang tak ada....jadi lemangku berbuluhkan gelung kertas tisu dapur, bersalutkan aluminium foil, beralaskan daun pisang.......bila dah siap jadi sebilik macam lemang kat Malaysia. Jangan tak percaye....
Ha satu lagi rendang hitam.....sebab dah jadi kebiasaan mak Perak masak rendang hitam yang perap kicap tu, jadi aku pun nak rendang tu ada gak sebagai juadah di pagi hari raya.Mula-mula tu ok lagi rasa tak yah buat pun tak pe. Nak buat rendang biasa je,tapi bila sehari dua lagi nak raya baru terasa nak makan rendang hitam gak. Apalagi call kampung minta tolong mak abah poskan, tapi tak lepas. Alhamdulillah ada rempah-rempahnya, sebahagian yang aku beli di sini dan sebagian lagi yang adikku poskan dari Malaysia dulu.So mengisar rempah la dulu aku di malam raya sebelum merendang.
Whatever, Alhamdulillah semua imaginasi aku menjadi nyata. Lemang, rendang hitam, nasi impit dan kuah kacang terhidang atas meja di pagi raya untuk santapan aku sekeluarga.....
Hari Raya Pertama
Selesai sarapan pagi kami pun ke Sport Hall, University of Wales, Lampeter kerana sembahyang sunat hari raya akan dilangsungkan di situ. Semua muslim sekitar Lampeter dan bandar berdekatan datang beramai-ramai bagi menunaikan solat hari raya seterusnya beramah mesra dan menjamu selera.
Selesai acara di Sport Hall kami beramai-ramai beraya di rumah Kak Arena dan Abang Azman, makan Lontong di situ. Kemudian pulang ke rumah masing-masing kerana pada sebelah petangnya ramai yang bekerja.
Balik dari kerja mereka beramai-ramai pula berkunjung ke rumah kami. Meriah gak rasanya sebab tahun lepas selesai je acara di dewan masing-masing pulang ke rumah tunggu jemputan open house baru beraya. Tahun ni kami "baraan" bak kata orang jawa.
Hari Raya kedua
Open House rumah kak Naha dan Ustaz Razali. Semua berkumpul disitu, makan bihun soto pulak. Petangnya balik kerja beraya rumah Mimi dan Ustaz Kamaruzzaman, dan terus ke rumah Kak Na dan Ustaz Tarmizi.
Hari Raya Ketiga
Open House rumah Kak Ina dan Ustaz Zaharuddin. Hari Sabtunya pulak kami bergotong royong memotong daging ayam dan 2 ekor kambing untuk BBQ dan Sate di Cellan Millenium Hall untuk Majlis Hari raya Orang-Orang Malaysia. Warga Malaysia di Swansea juga dijemput. Minggu berikutnya warga Lampeter pulak beraya ke Swansea.
Bergambar bersama warga Swansea di Lampeter
Bergambar ketika warga Lampeter ke Swansea
Hari Raya yang entah ke berapa......
Di sebabkan ada beberapa keluarga dan student yang bujang belum lagi berhari raya di rumah kami, aku dan suami mengadakan sedikit jamuan buat mereka. Tak banyak yang sempat aku sediakan sebagai hidangan untuk para tamu, di sebabkan mereka diundang kerumah pada hari aku bekerja....sekadar nasi impit dan kuah kacang, lemang dan rendang hitam juga soto. Kami juga belum berkesempatan untuk menziarahi dan berhari raya ke rumah Ustaz Zuhjdi dan kak Seri. Waktu belum mengizinkan. Tambahan mereka bercuti sekarang ni. InsyaAllah di akhir lebaran akan kami sempatkan jua. Rasanya itulah penutup tirai Lebaran tahun ini..........
0 comments:
Post a Comment