CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 9 September 2008

Lampeter


Lampeter merupakan daerah kecil di Wales.Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Lampeter, terasa betapa damainya suasana persekitarannya.Dengan penduduk yang kebanyakannya berbangsa Welsh dan sebahagian besarnya golongan yang sudah tua, menjadikan pekan kecil ini terasing dari sebarang bentuk jenayah.Traffic jam jauh sekali.......Purata Kadar jenayah dan kemalangan di sini adalah amat rendah.

Bandarnya pula boleh dikatakan umpama pekan cowboy yang terdiri dari deretan kedai-kedai, hanya terdapat satu pasaraya yang agak besar iaitu Somerfield, 3 kedai warga Bangladesh yang menjual makanan halal (Indians recepies), kedai-kedai pakaian, farmasi, kedai charity, kedai barang-barang hardware dan lain-lain. Kalau di Malaysia terkenal dengan Kedai 2 Ringgit, di sini pula terdapat kedai sepound ( Poundland, Poundshop, Poundworld ) yang menjual pelbagai jenis barangan dengan GBP 1.Namun dari segi quality amat jauh berbeza.Kalau di kedai 2 ringgit kebanyakaan barangannya diimport dari Cina dan berquality rendah tetapi kualiti barangan di kedai-kedai sepound sama dengan barangan yang terdapat di kedai-kedai berhampiran.

Deretan kedai-kedai di Bandar Lampeter


Di pekan inilah tempat tinggal sementara kami.Pertama kali sampai di Lampeter, masa tu hari minggu. Pekannya amat lengang sekali.hanya sesekali kelihatan orang yang lalu lalang.Jauh sekali bezanya suasana pekan di Malaysia yang amat sibuk ketika hujung minggu. Rumah sewa pertama kami pun terletak di tengah pekan Lampeter, di atas deretan kedai, dan berhadapan dengan deretan kedai. Kebetulan kedai Charity terletak betul-betul berhadapan dengan rumah kami. Maka setiap harilah anak-anakku akan mengintai di tingkap rumah ,barangan yang diaorang berkenan, dan boleh dikatakan kamilah pelanggan tetap di kedai itu. Harga barangan pula bergantung pada mulut orang yang kerja pada hari itu. Boleh dikatakan harga sebut ikut mulut. Maka kami pun mengkategorikan pekerja di kedai tersebut sebagai orang murah dan orang mahal. So intai dulu dari rumah kalau turn orang murah yang bekerja, rajin lah juga aku turun, tapi kalau turn orang mahal yang jaga aku malas nak turun, along dan angah pun dah maklum jika aku gunakan alasan tersebut. Kedai Charity merupakan kedai jualan amal.Mana-mana barang yang tidak di perlukan penduduk sekitar tetapi masih elok dan cantik, akan di hantar di kedai ini untuk dijual kepada pelanggan dengan harga yang jauh lebih murah dari kedai-kedai berhampiran dan duitnya pula akan di salurkan untuk kebajikan.Ada beberapa kategori kedai charity,macam di pekan Lampeter terdapat 5 kedai charity, 3 daripadanya kedai charity untuk binatang, 1 charity untuk pesakit kanser dan 1 lagi kedai charity untuk hospital kanak-kanak. Barang-barang yang di jual pula pelbagai, dari perabut rumah, pinggan mangkuk, buku-buku, barang hiasan, pakaian dan kasut, permainan dan macam-macam lagi.

Itu baru cerita tentang kedai Charity, belum cerita bab carboot sale lagi....tunggu!!!!, sebab kat Lampeter ni tak de Carboot Sale.....



0 comments: