1 Ogos 2008
Bertolak dari Lampeter awal pagi lagi, janji jumpa Ustaz Halim dan Ustaz Mizi sekeluarga di Morrison, Aberystwtyh. Sambil menunggu sempat masuk Morrison beli barang yang diperlukan. Kali ni kami tak booking travelodge untuk bermalam, sebaliknya berhajat untuk bercamping, so tidur dalam khemah je la......
Bila semua dah sampai, dari Morrison kami bertolak ke Bangor. Perjalanan mengambil masa selama 3-4 jam. Tapi di sebabkan berhenti beberapa kali dan keadaan cuaca yang tak berapa baik kerana hujan renyai-renyai, menyebabkan kelancaran perjalanan kami agak terganggu. Sampai di Bandar Bangor dah tengahari, terus cari parking dan solat di masjid yang terletak di tengah-tengah bandar tersebut. Lepas solat kami makan tengahari dalam kereta masing-masing kerana tiada tempat yang sesuai untuk makan beramai. Selesai makan destinasi seterusnya ialah ke rumah warga Malaysia di Bangor yang belum kami kenali.
Sampai di kawasan rumah mereka, masing-masing memperkenalkan diri. Rumah pertama yang kami tujui dihuni oleh Hajar dan En.Ali. Mereka tinggal menyewa di rumah keluarga yang disediakan oleh Universiti. Kebetulan rumah di groundfloornya semua dihuni oleh warga Malaysia kecuali sebuah rumah sahaja yang dihuni bangsa lain. Sibuk Hajar melayan kami sebagai tetamunya dan menyempatkan diri untuk masak bubur kacang durian sebagai hidangan istimewa untuk kami. Mereka pun masing-masing tengah sibuk menolong kak zu yang duduk bersebelahan rumahnya untuk packing barang, kebetulan nak loading barang dalam kontena untuk pulang ke Malaysia keesokan harinya. Hampir petang setelah hujan berhenti kami meminta diri untuk ke tapak perkhemahan dan berjanji akan kembali keesokan harinya.
Perjalanan ke tapak perkhemahan mengambil masa dalam setengah jam. Sampai di sana para suami mendaftarkan kehadiran di pejabat pengurusan. Seterusnya kami meninjau-ninjau kawasan yang sesuai untuk didirikan 3 khemah berdekatan. Alhamdulillah ada tapak yang sesuai yang letaknya tidak jauh dari bilik air yang disediakan. Apalagi, masing-masing bertungkus lumus mendirikan khemah. Anak-anak pun sibuk menolong. Setelah khemah siap di dirikan kami buat persiapan untuk BBQ di sebelah malamnya. Selesai BBQ masing-masing bersiap sedia untuk tidur kerana keletihan.....
Gambar angah along masa BBQ
Mama dan Zalifah dalam khemah
Angah along ready for sleep
2 Ogos 2008
Masa sarapan pagi
Em....yummy yummy.......
Pagi-pagi lagi bangun untuk solat subuh....Aduhai....sejuknya tak terkata nak keluar khemah untuk berwuduk dan solat subuh. Lepas solat terus prepare sarapan pagi dengan kak Na dan kak Bib. Ala kadar je...Pagi tu kami makan mee dan nasi goreng. Selesai makan kami ke carboot berhampiran. Suamiku dan ustaz Halim bercadang mahu beli pancing untuk memancing di laut. Dengar orang Bangor cerita pernah sekali pergi dapat beribu ikan makerel sampai kenduri kawin pun berlaukkan ikan yang dipancing.......
Bergambar di hadapan khemah kami
Dari carboot kami kembali ke rumah Hajar dan Ali, kebetulan masa kami sampai semua barang-barang sudah selesai diangkat dalam kontena. Kebanyakan warga Malaysia di Bangor ada di situ. Juga sebahagiannya datang menziarahi kak Zu dan suami dari Liverpool. Setelah lori kontena bergerak meninggalkan kediaman, kami semua di jemput untuk menjamu selesa. Pelbagai juadah di sediakan secara potluck. Kemudian kami lepak di rumah kak zu pula yang dah jadi luas sekelip mata kerana kebanyakan perabot dan barang dah on the way ke Malaysia. Sementara itu para suami menghabiskan petang itu untuk memancing bertemankan sahabat-sahabat di Bangor yang memang kaki pancing. Maka menunggulah sang-sang isteri yang setia di rumah teman yang baru dikenali. Oleh kerana kawasan rumah mereka terletak berhampiran bandar Bangor, Aku dan kak bib ambil kesempatan untuk cari postcard dan souvenir "Bangor" untuk di bawa pulang ke Lampeter. Memang rumahnya dekat dengan bandar tu tapi bukitnya mak ai.......tingginya.....namun kami gagahi jua.......dengan si Zalifah dan Ahmad di dokongan.....nak patah pinggang di buatnya.....
Tunggu punya tunggu sampai ke malam, lebih kurang Pukul 8 lebih baru mereka pulang dari memancing. Oleh kerana rezeki tak berapa menyebelahi kami, Hajar sibuk membakar ikan makerel frozennya. Terkejut tengok besarnya...tapi orang sana kata ni kecik biasanya yang dapat lagi besar......rasanya memang cukup manis.....Lepas makan kami kembali ke tapak perkhemahan untuk tidur......
3 Ogos 2008
Hari untuk pulang.....
Seperti hari sebelumnya, pagi-pagi lagi bangun solat subuh dan prepare sarapan. Hari ni hari terakhir kami bercamping. So lepas sarapan kena packkan semua barang dan robohkan khemah. Menu sarapan pagi haritu banyak la sikit sebab nak buat bekal perjalanan balik.
Persediaan untuk memancing ketam
Lepak santai di jeti
Selesai semuanya kami bertolak ke carboot untuk membeli belah, dari carboot bertolak ke jeti untuk memancing ketam. Pengalaman pertama kami memancing ketam. Dapat la 5,6 ekor untuk di bawa pulang. Lama gak lepak kat situ. Dari situ bertolak pula ke Beumaris untuk makan tengahari. Aku kagum melihat pemandangan di situ. Sangat cantik dan mengasyikkan. Lepas makan dan posing di situ, kami pun bertolak pulang ke Lampeter. On the way berhenti di satu kawasan yang cantik untuk bergambar. Tak lama di situ kerana hujan mula turun. Masing-masing masuk kereta dan bertolak pulang ke Lampeter........
Berselera sambil menjamu mata
Anak-anak yang keriangan...
Anak dara ni pun tak ketinggalan nak berposing....
Snowdonia, on the way back to Lampeter
0 comments:
Post a Comment