CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 12 October 2008

Tiga sijantung hati






Kali ni nak bercerita hal anak-anak la pulak.Aku punya tiga orang permata hati, ketiga-tiganya puteri.Alhamdulillah, merekalah penyeri rumahtangga kami.Tanpa mereka tak tahulah betapa sunyinya hidup ini.Hilai tawa mereka pengubat keletihan menguruskan rumahtangga. Tangisnya pula kekadang menjadi penawar sunyi didada tapi kekadang sesak nafas juga dibuatnya.


NUR ZAIDAH ZAKIRAH & NUR ZAIDAH ZAHIRAH

Itulah nama anak sulongku.Kenapa 2 orang???,tengok nama pun mesti orang dapat meneka, mereka ni sebenarnya kembar.Alhamdulillah, rezeki kurniaan Ilahi, aku sendiri sungguh-sungguh tak menyangka akan memperolehi anak kembar.Sebut je kembar, mesti orang tanya ada keturunan ke..... ada la juga makcik aku yang satu ibu lain ayah sebelah bapaku punya anak kembar.Kira aku ada la sepupu yang kembar. Tapi orang kata kalau keturunan ni ikut sebelah ibu, dan setahu aku sebelah mak memang tak de keturunan kembar. Apa-apa pun itulah ketentuan Ilahi. Kita semua ni pun anak cucu Tok Adam dan Hawa yang punya ramai anak kembar.....So jangan risau, pada mereka yang teringin sangat nak beranak kembar, semua orang ada chances dan possibility untuk mendapatkannya

Beberapa hari saje lagi, 17 oktober 2008, genaplah usia mereka 7 tahun. Sedar tak sedar dah besar rupanya anak-anakku. Mengimbas kembali detik kehadiran mereka dalam hidupku dan suamiku 7 tahun yang lalu, memang kami tidak merancang apa-apa selepas bernikah. Bergantung pada rezeki. Tak sangka la pulak tak sampai sebulan selepas kahwin aku disahkan hamil. Waktu tu aku nak ambil exam untuk M.A ku. Saban hari sakit kepala sampai tak boleh nak study.Tu yang buat Check-up. Alhamdulillah rupanya kami bakal bergelar mama & abah....

Memang tak sangka secepat itu.Orang tua-tua kata bunting pelamin. So untuk exam tu memang aku tak ready apa-apa. Baca sekali lalu je. Alhamdulillah pass.Ada paper yang dapat A lagi, dengan Prof.Aziz pulak tu, sape tak kenal....itulah rezeki anak namanya....

Masa usia kandunganku empat bulan, Dr. Paduka Dato' Ruby Abdul Majeed, Doktor panelku menyarankan untuk buat ultra sound / scan. Masa tu lah kami dapat tahu akan dapat kembar kedua-duanya perempuan dan identical. Meleleh juga air mata kegembiraanku. Mana taknya, memang aku teringin sangat nak beranak kembar. Kebetulan Pah dan Miza, roommateku masa di UIA, kedua-duanya punya kakak dan abang kembar.Maka memang selalu la aku katakan pada mereka, betapa bestnya korang ada adik beradik kembar,so adalah possibility untuk dapat anak kembar......rupanya doaku itu termakbul untuk diriku dulu....Alhamdulillah....

Sebulan sebelum tarikh kelahiran kami berpindah ke Rumah baru di Brickfield, dari Kampung Kerdas, Gombak, rumah sewa pertama kami selepas berkahwin. Habis mengemas, sementara menunggu waktu kelahiran kami tinggal di rumah ibu mertuaku di Gombak, sebab lebih dekat dengan Hospital Selayang, tempat di mana kami mendaftar untuk melahirkan baby.

16 Oktober 2001, aku dah mula sakit-sakit. Suamiku menghantar aku ke Hospital tetapi Doktor memberi pilihan samaada nak tinggal di wad atau pulang semula ke rumah. Ibu mertuaku nasihati kami untuk pulang dulu ke rumah kerana jemu duduk di wad tanpa peneman.Yang sakit bertambah sakit bila tengok orang kiri kanan sakit katanya. Maka pulanglah kami kerumah. Malamnya aku tak tidur walau sesaat pun menahan sakit. Doktor menyarankan agar aku mornitor waktu contraction. Awalnya Sakit datang setiap 20 minit, tapi semakin lama semakin kerap sakitnya, tengah malam contractionnya datang 5 minit sekali. Waktu itu aku memang dah tak tahan sangat.Apa-apa pun esok pagi-pagi mesti pergi hospital dan tak nak balik lagi...........

17 Oktober 2001, pagi-pagi lagi mertuaku sibuk menyediakan sarapan untukku. Walau dah tak berdaya terpaksa juga menjamah sarapan takut tak de tenaga untuk push baby. Sepanjang perjalanan ibu mertua dan birasku yang juga menghantarku ke hospital tak putus-putus menasihati dan memberi semangat padaku berdasarkan pengalaman mereka. Sampai di hospital, Doktor buat check-up, baru buka 1 cm katanya. MasyaAllah....tersangat sakit sepanjang malam masih kena tunggu lama lagi..........

Doktor pecahkan air ketuban dan bagi ubat untuk buang air besar, kemudian aku di tempatkan di bilik khas dalam labour room bertemankan suamiku. Aku tak putus-putus membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa untuk dipermudahkan bersalin. Mertuaku duduk di ruang menunggu. Menjelang tengahari belum lagi ada tanda-tanda aku hampir bersalin, kasihan mengenangkan ibu mertua keseorangan menunggu, aku menyarankan suamiku untuk menghantarnya pulang dan datang semula ke hospital selepas makan tengahari dan solat Zuhur.

Ditakdirkan keluar je suamiku dari kawasan hospital, masa tulah aku tersangat-sangat sakit. Kebetulan ada doktor yang lalu di kaki lima bilikku, beliau menjengukku yang meraung menahan kesakitan. Kalimah Allah memang tak lekang dari mulutku, ngeri aku mengingatkan sakitnya. Memang bertarung nyawa. Tapi rasa sakit itu hilang bila dengar tangisan bayi-bayiku. Yang pertama lahir pukul 1.24 minit tengahari seberat 2.29 kg dan yang kedua lahir pada 1.32 minit tengahari seberat 2.24 kg. Bila suamiku datang, aku sudah selamat dibersihkan, hanya menunggu kehadiran bayi-bayiku yang dimandikan. Suamiku memang tak menyangka sama sekali yang aku sudah selamat melahirkan, memang tiada rezeki dia nak tengok aku bersalin. Perkataan pertama yang aku katakan padanya, patutlah nabi kata hormati mak 3 kali baru kata ayah sekali, macamni rupa sakitnya bersalin...........

2 malam di hospital, aku dan bayi-bayiku dibenarkan pulang. Alhamdulillah tak de apa-apa masalah cuma kurang glukose je. Seminggu kami di Gombak, Kemudian pulang ke Perak. Aku menghabiskan waktu pantangku di perak.Habis pantang kebetulan Hari raya Aidilfitri. So memang kami suami isteri tak sempat beraya berdua, terus berempat. Raya ke tiga kami kembali semula ke Gombak dan seminggu lepas tu kami pulang ke rumah sendiri di Brickfield. Tinggallah aku dan suamiku di bantu oleh adikku membesarkan si kembar.

Siapa yang bagi nama ????? Suamiku menyerahkan padaku untuk membuat pilihan.Ada la juga beberapa nama yang aku fikirkan masa mereka masih lagi dalam kandungan, tapi sampai saat mereka dilahirkan masih belum diputuskan. Kami nama kan mereka Nur Zaidah Zakirah dan Nur Zaidah Zahirah binti Mohamad Zaidi. Merekalah permata hati kami........




Princess Zakirah & Zahirah





NUR ZAIDAH ZALIFAH


Itulah nama anak ketigaku. Kehadirannya dalam hidup kami amat di nanti-nantikan terutama oleh kakak-kakak kembarnya. Maklumlah dah 6 tahun asyik berdua, rakan-rakan sebaya sudah punya seorang atau dua adik kecil, sedangkan mereka tiada. Tambahan mereka memang sukakan baby.So, memang tak sabar-sabar lah dorang berdua ni nak menunggu due baby menjenguk dunia.


Zalifah ketika dalam kandungan

Istimewanya si kecil ni, kerana dilahirkan di UK ( Bronglais Hospital, Aberystwyth). Sepanjang kehamilan, Alhamdulillah, tak de masalah yang serius. Morning sicknessku macam sebelum ni, berhenti masuk 4 bulan, tiada masalah darah tinggi mahupun kencing manis. Check-up cam biasa, cuma sekali sekala di arahkan buat ultra sound di hospital. Eager gak nak tahu jantina baby masa tu, maklumlah dah dapat 2 puteri, memang harapan nak dapat baby boy tu menggunung tinggi, whatever kalau girl pun, Alhamdulillah janji semuanya selamat. Di UK ni nak tahu jantina anak masa scan kena request dulu.Kalau tak doktor rahsiakan. Maklumla orang putih ni memang suka surprise-surprise ni. So aku pun buat request, masa 4 bulan doktor kata tak jelas, scan masa 6 bulan, doktor hanya kata kemu ngkinan besar baby girl. Confirmation itu memudahkan aku untuk beli keperluan baby terutama pakaiannya. Kalau di Malaysia, baby girl ok je kalau pakai baju warna biru, tapi kalau di sini confirm orang putih akan tegur " Hallo boy...."

Due date ku sebenarnya 26.02.08. Scan kali terakhir pertengahan February 2008, menurut doktor kedudukan baby masih belum betul lagi. Kakinya masih di bawah.Kedudukan placenta di atas kepala baby menyebabkan baby tak boleh turn down. Aku minta doktor supaya buat kaedah urut cara kampung tu. Doktor pun setuju dan suruh kami datang semula hari selasa minggu depannya. Di samping tu kami pun cuba juga baca Yassin, berdoa dan sebagainya. Bila scan semula kedudukan baby masih serupa.2 kali doktor cuba tolakkan punggung baby supaya kepalanya boleh melepasi placenta, tapi masih tak berjaya. Akhirnya doktor nasihatkan supaya kami booking untuk buat caesarian. Terkejut jugak, sebab memang aku tak prepare mentally untuk caesar. Lagi-lagi bila nurse tu check waktu yang free hanya 2 hari kemudiannya iaitu hari jumaat. Gelabah jugak aku mencari informasi tentang caesarian. Ngeri gak mendengarkan cerita-cerita orang mengenainya.

Bila balik semula ke rumah, aku terus hubungi kak Seri, kerana dia dah dua kali berpengalaman melahirkan anak secara pembedahan. Kali pertama kembar dan kali kedua seorang. Banyak juga maklumat yang dapat aku perolehi daripadanya. Member lain pun ramai yang datang ziarah setelah tahu aku akan dibedah 2 hari lagi. Doktor minta buat pilihan samaada mahu bius penuh atau separuh sedar. Ngeri juga bila ada teman yang bercerita ada orang yang bius separuh sedar, tetapi biusnya tak jalan masa pembedahan.Aduh!!!sakitnya......Tapi setelah berfikir panjang aku ambil bius separuh sedar juga. Pertama sebabnya aku nak aku sedar dan dapat melihat kehadiran babyku ke dunia, keduanya sebab aku berpengalaman bius penuh semasa DNC keguguran babyku sebelum ini. Kesan biusnya mengambil masa yang lama untuk pulih. Dan sebab ketiga jika aku ambil bius separuh sedar suamiku boleh menemaniku di bilik pembedahan.

Akhirnya setelah membuat persiapan ala kadar, pagi Jummat 15 Febuari 2008, pagi-pagi lagi aku dan suamiku bertolak ke Hospital.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sampai di hospital aku di perkenalkan dengan doktor yang akan membedahku. Doktor Awaad Ali. Alhamdulillah dapat doktor muslim walaupun bersalin di negara kuffar. Justeru kami terus meminta izin untuk suamiku mengazankan bayi sebaik sahaja dilahirkan. Juga meminta izin untuk merakamkan detik-detik bersejarah bagi keluarga kami. Dan beliau mengizinkan.

Dalam pukul 12 aku di sorong ke theatre room tempat dimana aku akan di bedah. Prosedure pertama ialah proses membius. Ngeri jangan kata la. Risaunya hanya Allah yang tahu. Waktu tu ku serahkan segalanya pada Allah, di samping berdoa dan bertawakkal agar segala urusan dipermudahkan. Setelah doktor bius pasti ubat telah berfungsi doktor Ali sedia melakukan tugasnya. Aku hanya rasa perutku bergoyang-goyang tanpa rasa sakit dan tak lama kemudian jam 12.32 tengahari, bersamaan 07.32 petang, waktu Malaysia, kedengaranlah suara pertama bayiku menangis. Alhamdulillah segalanya sempurna.Doktor Ali terus mengazankannya sendiri sebelum menyerahkan pada suamiku untuk diazankan.



ketika berusia 2 hari.....




Kenangan bersama Dr. Awaad Ali

Berbeza sekali dua pengalamanku melahirkan bayi ke dunia ini. Jika bersalin normal sakitnya tak tertanggung semasa proses melahirkan, tetapi masa bersalin secara caesarian sakitnya datang kemudian. Selesai di jahit, aku di sorong ke wad.Kesan bius masih ada tapi tak seteruk dahulu. Aku boleh menyusukan bayiku seperti biasa tetapi pergerakanku agak terbatas.Hari pertama memang aku takut dan ngeri untuk bangun. Tapi nurse memberi semangat.Malam tu juga aku di suruh berjalan ke bilik air dengan ditemaninya. Hari kedua masih sakit lagi. Aku ambil ubat tahan sakit setiap 4 jam. Hari ketiga barulah aku boleh jalan macam biasa dan sakit pun berkurangan.Hari keempat barulah aku dibenarkan kembali ke rumah. Sepanjang empat hari di Hospital, suami dan anak-anakku berulang alik menghantarkan makanan buatku memandangkan aku tidak mengambil makanan dari hospital.


Sampai di rumah, rakan-rakan mula menziarahi. Minggu pertama memang sibuk dengan tetamu. Jika bersalin anak pertama aku berpantang di rumah mak, kali ni semuanya atas urusan kami suami isteri. Alhamdulillah, Suami banyak membantu. Begitu juga dengan rakan-rakan di sini. Terima kasih atas segala bantuan dan pertolongan.Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Esok, 15.10.08, genaplah umurnya 8 bulan. Sudah pandai menyebut abah....mudah tersenyum....dan tak banyak ragam. Itulah si kecil, si comel kami. Penghibur kami sekeluarga......



Gambar terbaru Zalifah


2 comments:

UnGu VioLet said...

Salam kak.. akhirnya dapat gak mar tgk blog akak nie..

nar said...

w'salam...tengok cikgu laaa sape...kan, hehehe...