CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 6 May 2011

Warna warni Bumi Empat Musim

Lima perkataan yang saya pilih sebagai tema blog peribadi ini. Bersesuaian dengan maknanya yang tersurat bahawa kehidupan di bumi UK ini sememangnya berwarna warni dengan empat musim yang silih berganti. Kedatangan musim bunga / spring, dengan seribu satu warna sangat dinanti. Pelbagai spesis bunga memenuhi ruang mata, dimulai dengan hadirnya bunga snowdrop yang berwarna putih dan dikaitkan dengan permulaan musim bunga, diikuti pula tumbuhnya bunga daffodil yang menjadi bunga kebangsaan Wales yang melata kekuningan, diiring pula dengan bunga tulip dan bunga-bunga selainnya hadir dalam pelbagai rupa, bau dan warna….. Semuanya tumbuh mengikut masanya….Subhanallah….

Warna warni yang mengisi ruang pandangan membawa ke musim panas / summer, di panjang semarakkan pula dengan pelbagai aktiviti outdoor sementelah siang lebih panjang dari malam……

Seusai musim panas, menjelma pula musim luruh / autumn yang menjanjikan keindahan luar biasa. Walaupun layaknya musim luruh ini hanya dikaitkan dengan dedaun yang kekeringan namun hadir dengan pelbagai warna yang hampir serupa. Warna warni musim luruh…pemandangan yang amat menakjubkan. Keajaiban ciptaan Tuhan…….

Tika sampai saatnya musim luruh memberi laluan untuk musim sejuk / winter menggantikannya. Walaupun hadirnya dengan seribu satu keresahan warga tempatan, namun bagi perantau seperti Kami kedatangan winter terutamanya salji / snow sangat dinanti. Walaupun kesejukannya mencengkam tulang namun kemeriahan bermandi salji pasti menjadi salah satu nostalgia yang terpahat dalam ingatan terutama setelah tidak lagi bermastautin di sini. Musim sejuk yang sinonim dengan warna putih seputih salji yang memenuhi bumi. Satu lagi keindahan luar biasa semulajadi yang tiada di tanahair sendiri……

Justeru wujudnya saya di Bumi empat musim ini walaupun untuk beberapa ketika sangat-sangat disyukuri……walau dengan seribu satu warna warni kehidupan. Itulah juga yang mewakilkan makna tersirat dari lima perkataan ini “ ada masanya ketawa ada masanya menangis hiba”. Kekadang suka terkadang duka. Adakalanya terang warna hidupnya namun terkadang gelap terasa alam maya….semuanya rencah hidup yang pasti dilalui oleh semua yang bernama manusia. Pokok pangkalnya terserah pada diri masing-masing. Bagaimana kita meletakkan diri ketika saat bergembira dan bagaimana pula kita bereaksi saat kita menangis hiba. Kebanyakan manusia lalai waktu senangnya tetapi merintih dan keluh kesah sewaktu susahnya . Moga kita tergolong dalam manusia yang sentiasa beringat dan bersyukur atas setiap kurniaan dari Ilahi…Rabbul ‘izzati.

4 comments:

hnyhar said...

salam kak iza,
nak blk msia dah ke...bunyi mcm dah nk blk tu...

Anonymous said...

haah... soalan yg sama ngan nani ni, jumpa kat UM nanti

My Life My Journey.. said...

Pandai Iza menulis, keep it up Iza..:)

nar said...

hnyhar & fa10..
InsyaALLAH, balik dalam tahun ni gak...

My Life My Journey..
Boleh la sikit-sikit K.fa. InsyaAllah memang berusaha nak mengisi blog ni dengan memori disini jika masa mengizinkan. Sempena tahun terakhir di sini, Projek banyak sgt la k.Fa...