CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday 30 June 2010

Sport Day 2010

Sport day yang diadakan pada hari Rabu minggu lepas bersamaan 23 Jun 2010 di Ffynnonbedr, Lampeter. Kali kedua menghadiri sukan sekolah di sini, meyaksikan perbezaan yang amat ketara dengan hari sukan di sekolah-sekolah di Malaysia. Semua murid mengambil bahagian dalam semua acara yang diadakan termasuk kanak-kanak istimewa yang berkerusi roda, tetap mengambil bahagian walaupun kerusi rodanya ditolak oleh helper masing-masing. Saringan diadakan pada hari itu juga. Murid-murid hanya memerlukan 2 hari untuk berlatih. Sukan diadakan pada hari sekolah dan tidak ada satu aktiviti pun yang dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Rombongan sekolah sekalipun diadakan pada hari persekolahan. Tanpa khemah, tanpa baju sukan yang seragam, tanpa hadiah atau hamper, hari sukan yang diadakan tetap meriah. Murid-murid yang menang hanya di berikan batch ribbon yang ditulis nama sekolah. Pun mereka tetap bersemangat untuk mendapatkannya.

Acara lari

Acara lari dalam guni

Angah menang dalam acara ini


Bergambar dengan hadiah yang dimenangi


Acara lompat jauh

Acara lari berhalangan

Acara lontar peluru

Thursday 24 June 2010

Sunset @ Aberaeron

Mama pun tak sangka secepat ini janji dikota. Cuma keesokkan harinya, hari Isnin abah ajak kita semua menyaksikan sunset di Aberaeron. Subhanaallah sangat cantik! Begitulah sunnatullah yang menyaksikan pertukaran siang ke malam, dari terang benderang ke gelapnya malam. Lama juga anak-anak mama boleh bermain berkejar-kejaran di gigi air sambil minum petang, bekal yang dibawa. Kami tunggu sehingga mentari benar-benar tenggelam dan hari semakin kelam barulah kami pulang.


Ya Allah, berakhirlah sudah siang ciptaanMu....Menjelmalah pula malamMu...Ampunilah Aku!

Traeth Beach

Hari Ahadnya kami ke Beulah carboot di Cardigan. First time juga kami ke sini. Maklumlah bila musim summer ni banyak carboot dibuka sehingga sekitar bulan Oktober. Saja nak tengok tempat, pergi pun dah lewat, 10.30 pagi baru nak bertolak dari rumah. Biasanya kalau purposely nak keluar ke carboot, keluar awal sikit dari rumah. On The way back kali ni kami singgah pula ke Traeth Beach di Aberaeron. Hora-horray la tiga orang ni. Suka sangat dengan laut. Zalifah siap nak buka baju nak mandi lagi. Susah sangat nak ajak balik.....anyway mama janji nanti boleh datang lagi!


Wednesday 23 June 2010

Strawberry picking

Petik strawberry di Nicholaston Farm Swansea minggu lalu. Pergi dengan Kak Ida, Baya, Munirah dan Kak An berserta keluarga masing-masing. Risau juga sebab cuaca sekejap ok sekejap panas....Alhamdulillah sampai balik tak hujan. Lepas picking kami berpicnic di Mumble.