Hari Ahadnya selepas bercarboot di Junction 9, Kami ke University of Oxford yang terletak tidak jauh dari situ. Ralat juga tak de banyak masa untuk menunggu kedatangan rakan sekerja Kak Fa yang datang berziarah. Perjalanan pulang kami masih panjang. Kesempatan yang ada diguna sebaik yang mungkin. Di Oxford kami parking kereta di Thornhill Park & Ride. Dengan tambang pergi balik sebanyak GBP 2 seorang bagi dewasa dan free untuk 3 anak di bawah 16 tahun rasanya cukup berbaloi untuk menerokai bandar Oxford. Dengan menaiki bas 2 tingkat, tingkat atas dan bahagian hadapan sekali sudah tentu jadi pilihan, senang untuk mengamati panorama bumi di Oxford. Kami turun di tengah-tengah bandar dan berjalan ke University. Boleh dikatakan University of Oxford ni universiti dalam bandar. Menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di situ, selepas makan kami menaiki bas semula untuk ke P & R dan bertolak pulang ke Lampeter kemudiannya.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
0 comments:
Post a Comment