Beraya di rantauan tidaklah semeriah beraya di kampung halaman. Tanpa ibu bapa dan sanak saudara berkumpul bertukar cerita bergelak ketawa......memang semua itu tidak dirasa.......namun terubat juga kerinduan bila mendengar lagu-lagu raya semasa menyediakan serba sedikit juadah hari raya, biskut, rendang, nasi impit, kuah kacang dan lemang sambil bersembang dengan Mardhiyah yang kami jemput ke Llysmeddyg seminggu sebelum raya. Kedatangan Mar menambahkan kemeriahan kami sekeluarga berhari raya. Banyak membantu kerja-kerja di dapur dan melayan kerenah along, angah dan Zalifah. Thanks mar.
lemang.....masih dalam proses....
Zalifah pun tengah sibuk memasak ni...
Lemang sedang di bakar dalam oven
1 comments:
aduhaii kak.. takde apanya.. mar yg pttnye terima kasih pd akak.. sudi terima mar di rumah akak beberapa hari.. seronokla skit kan dpt meraikan raya ramai2.. thanks a lot juga kak..
Post a Comment