Selesai solat sunat hari raya dan jamuan raya di sport Hall kami menjemput semua warga Lampeter dan kenalan-kenalan dari kawasan sekitar beraya di rumah kami Llysmeddyg. Turut diundang Dr.Mawil, supervisor kebanyakan student phd dari Malaysia. Tiada juadah istimewa yang disajikan, cuma juadah biasa hari raya....nasi impit, kuah kacang, rendang dan lemang, juga biskut-biskut raya sejenis dua. Terima kasih semua kerana sudi bertandang ke teratak kami.
Dr. Mawil bertanya serba sedikit tentang hidangan sebelum mencubanya.
Bersama kak Mas dari Manchester, juga kak Mahani yang pertama kali berhari raya di rantauan.
Kak Ida dan Sita dari Harverfordwest yang turut memeriahkan raya di Lampeter
4 comments:
salam, kak Nar..
selamat hari raya.
sy suka baca blog akak + suka tgk gambar-gambar pemandangan kat luar negara di dlm blog akak..
semoga akak sekeluarga diberkati Allah..dan happy-happy selalu.. :)
-mieza-
seronok plak kan.. teringat2 lg wktu sambut raya bebaru nie.. meriah..
Salam mieza...
Selamat hari raya juga buat mieza. Thanks atas kunjungan ke blog akak dan atas doa mieza.Moga mieza pun begitu jua.
Haah mar....memang meriah...dan moga terus meriah!
Post a Comment