Majlis berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan. Disebabkan hari raya pada awalnya dijangkakan pada hari khamis, ramai dikalangan kami disini sudah menyediakan juadah raya pada hari Rabu. Namun di saat-saat akhir di maklumkan hari raya akan disambut pada hari jumaat. Justeru kami bersepakat berbuka puasa beramai-ramai di sport hall tempat solat sunat Hari Raya diadakan keesokan harinya. Selesai berbuka dan solat fardhu maghrib kami bertakbir dan bertahmid menandakan berakhir sudah Ramadhan dan bermulanya Syawal 1431H.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
0 comments:
Post a Comment