CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 28 September 2010

Hari Raya Kedua

Pagi tu kami dikunjungi rakan dari Cardiff, Rizal, Dilah dan khafi. Sibuk bersembang sampai lupa nak ambik gambar untuk kenangan. Raya kedua tu saya buat bihun sup jer untuk tetamu-tetamu yang bertandang. Selain Rizal sekeluarga kami turut diziarahi oleh keluarga Adam dan Tara dari Aberystwyth, juga Keluarga Ustaz Rosdi dan Kak Tini.



Kami pula berkesempatan bertandang ke rumah Ustaz Kamaruzzaman dan Mimi, juga ke rumah Ustaz Halim dan Kak Bib. Tak dapat nak meneruskan kunjungan petang tu sebab angah dah start nak demam dan muntah-muntah. Lepas beraya di rumah Ustaz Halim dan Kak Bib kami pulang ke rumah dan hanya menunggu tetamu.


Open house @ Darwen Deg

Selesai beraya di Llysmeddyg, masing-masing yang bekerja pergi bekerja walaupun di satu raya.Sesudah selesai, di sebelah petangnya kami beraya di rumah Ustaz Aziz dan Kak Ann pula. Meriah rumah mereka tahun ni, beraya bersama keluarga abang Mus dan Kak Ida dari Harverfordwest juga keluarga Haji Farid dan Kak Mas dari Manchester. Dah ada 3 chef, maka sudah tentulah pelbagai juadah yg disajikan. Terlupa pulak nak snap gambar kat meja hidangan. Nasi dagang special, lontong, laksa Terengganu, nasi impit, kerutub ayam dan kuah kacang antara beberapa menu untuk tetamu hari itu. Tambah meriah bila Dr.Mawil ajak kaum lelaki untuk main sorok cincin dan teka cincin tersebut di tangan siapa. Riuh rendah rumah kak ann dan ustaz Aziz...tak kering gusi dibuatnya. Lewat malam juga baru kami pulang ke rumah.



Thursday, 23 September 2010

Beraya @ Llysmeddyg

Selesai solat sunat hari raya dan jamuan raya di sport Hall kami menjemput semua warga Lampeter dan kenalan-kenalan dari kawasan sekitar beraya di rumah kami Llysmeddyg. Turut diundang Dr.Mawil, supervisor kebanyakan student phd dari Malaysia. Tiada juadah istimewa yang disajikan, cuma juadah biasa hari raya....nasi impit, kuah kacang, rendang dan lemang, juga biskut-biskut raya sejenis dua. Terima kasih semua kerana sudi bertandang ke teratak kami.

Dr. Mawil bertanya serba sedikit tentang hidangan sebelum mencubanya.

Bersama kak Mas dari Manchester, juga kak Mahani yang pertama kali berhari raya di rantauan.

Kak Ida dan Sita dari Harverfordwest yang turut memeriahkan raya di Lampeter



Wednesday, 22 September 2010

Hari Raya Pertama

Tahun ini solat sunat Hari Raya Aidilfitri diadakan di Sport Hall Universiti. Semua muslim dari pelbagai bangsa dan negara hadir bagi menunaikan solat sunat Hari Raya. Selesai solat, khutbah raya disampaikan oleh Dr. Mawil Izzieddin diikuti jamuan Hari Raya.


Anak-anak bergambar di pagi raya




Zalifah dan Ariff



Juadah Satu raya


Persiapan raya

Beraya di rantauan tidaklah semeriah beraya di kampung halaman. Tanpa ibu bapa dan sanak saudara berkumpul bertukar cerita bergelak ketawa......memang semua itu tidak dirasa.......namun terubat juga kerinduan bila mendengar lagu-lagu raya semasa menyediakan serba sedikit juadah hari raya, biskut, rendang, nasi impit, kuah kacang dan lemang sambil bersembang dengan Mardhiyah yang kami jemput ke Llysmeddyg seminggu sebelum raya. Kedatangan Mar menambahkan kemeriahan kami sekeluarga berhari raya. Banyak membantu kerja-kerja di dapur dan melayan kerenah along, angah dan Zalifah. Thanks mar.






lemang.....masih dalam proses....



Zalifah pun tengah sibuk memasak ni...



Lemang sedang di bakar dalam oven