CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday 17 January 2009

Percutian bermula....

Hari ni kami akan memulakan percutian di Cairo, Egypt selama tiga minggu. Tak sempat nak cerita panjang, dari semalam teramat sibuk dengan preparation barang2 yang perlu di bawa ke sana dan masak memasak bekalan perjalanan. Destinasi pertama kami ke Luton, London, rumah seorang teman. Menumpang teduh semalam dua sebelum berangkat ke Lapangan terbang Heathrow, London untuk naik flight terus ke Sharm-El-Sheikh. Doakan perjalanan kami berjalan lancar, dikurniakan kesihatan yang maksima dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ameen.....

Thursday 15 January 2009

Rindu!!!!!!!

Rindu pada ribbon.....rindu pada glue gun........rindu pada lace.......rindu pada beads.......rindu pada sequene........dan rindu pada segala yang ada dalam handcraft box yang aku tinggalkan di Malaysia. Kat sini lipat sejadah jadi 4 segi, lipat tuala jadi 4 segi, lipat kain pelekat jadi 4 segi, lipat telekung pun jadi 4 segi. Kat Malaysia dulu lipat tuala boleh jadi teko, lipat kain pelekat boleh jadi jam, lipat sejadah boleh jadi handbag, lipat telekung boleh jadi bunga dalam bakul.....Aiiik!! silap mata ke....senang la kalau gitu tak payah keluar duit banyak2 nak beli barang , lipat2 boleh dapat!!! He...he...he...tu sebenonya ni hobi aku kat Malaysia. Buat kraftangan dan hantaran, jahit manik dan labuci di baju, gubah bunga dan seumpama dengannya. Dah terlalu lama rasanya tak pegang benda2 tu. Kat sini ada la jugak aku buat decoration kat balang kuih raya haritu. Abang tahu aku suka benda2 tu so dia belikan aku glue gun, alat yang tak kurang pentingnya kalau nak berkraftangan. Kat sini tak berapa ada sangat lace yang cantik2 dan berwarna warni macam kat Malaysia. Sepanjang dok kat sini pelilit bunga pun aku tak pernah jumpa. Berikut beberapa keping gambar hasil kerja tangan ku yang ada dalam simpanan untuk dipublishkan. Yang lain2 tersimpan dalam collection album ku di Malaysia.......



Ni bukan sireh junjung....tapi sireh terbaring...sebab tak menjunjung...

Kain pelekat

Bahulu ikan berinti

Baju kemeja

Coklat kesukaan ramai

Ni mesti sume orang tau kan...

Orang tua2 kata kalau bagi makanan kena bagi air gak, nanti tercekik. Kalau orang dulu2 bagi air gula sirap, tapi sekarang ni guna air tin jer....


Semua hantaran ni aku buatkan untuk anak kawan mak masa dia kawin. Warna tema gold colour. Di bawah ni gambar bilik tidur pengantin.



Monday 12 January 2009

n3 untuk ct

Walaupun cuaca haritu sejuk, aku gagahi juga untuk menziarahi keluarga Dr.Asri yang baru berpindah ke rumah sewanya di Pekan Lampeter. Kebetulan hari tu dapat cuti kerja free sebab heater kat Sekolah menengah tu rosak. Hajatnya nak berziarah pada hari Isnin tu tapi memandangkan balik dari rumah kak na pun dah petang, dan petang tu jugak ada tetamu datang ke rumah, so hajat untuk berziarah terpaksa ditunda keesokannya. Selepas twin balik sekolah baru keluar rumah. Kalau tak pergi sama dia bising pulak nanti tak ikut. So berikut beberapa keping gambar especially gambar Dihyah khusus buat tatapan ct. Dihyah dan Talhah je ada dalam gambar , 2 orang lagi girls tak nak join, tengah makan. Moga terubat sikit kerinduan Mak Langnya........


Beburung yang kelaparan

kasihan burung-burung yang selalu mengunjungi rumahku. Dengan cuaca yang sejuk begini tentu sekali mereka kelaparan. Pagi itu walaupun saki baki snow masih ada ku lihat beberapa ekor burung mengais2 snow tersebut mencari makanan. Mungkin mereka sangkakan nasi yang selalu aku taburkan di situ. Kesian pulak aku tengok. Bayangkan manusia kalau kelaparan. Atas rasa belas kasihan tu aku pun ambik serdak2 nasi yang ada dalam rice cooker dan ku taburkan di tempat biasa. Puas hati tengok beburung tu berebut2 mengais rezeki.

Di atas pokok di hadapan rumah waktu tengahari

Di atas pokok di tepi rumah menjelang senja

Sunday 11 January 2009

Sejuuuukkkk!!!

6 Januari 2009
ooooo.....Aku memang tak boleh lupa hari tu....hari paling sejuk semenjak aku menjejaki bumi UK ni, lepas solat subuh memang tak de hati nak masuk dapur...sebaliknya katil,selimut dan bantal jadi sasaran. Tak tidur pun....tapi dek kerana kesejukan dan bilik tidur tu pulak suam2 suhunya membuatkan kami sekeluarga sembang2 sambil melayan kerenah zalifah di katil.
Malangnya hari tu hari pertama sekolah dibuka selepas cuti krismas dan tahun baru. Tak de chance nak berlama2 di katil. Nak tak nak sebelum pukul 8 aku kena masuk dapur untuk sediakan pack lunch twin. Benda pertama aku capai sebelum masuk dapur pagi tu heater la....mana taknya suhu pagi tu mencecah -10 darjah celcius. Biasanya dinding kaca diruang tamu rumah kami berais sikit2 jer...tapi pagi tu boleh katakan keseluruhannya ditutupi ais. Pulak tu aisnya bukan disebelah luar tapi di dalam. Memang macam dok dalam peti ais rasanya.

Hu.....hu....hu....memang sejuuuukkkk!!!!!!!!!!!!!

Pukul 10 lebih, bila sang mentari dah menyemarakkan sinarnya baru la aisnya mulai cair.

Wednesday 7 January 2009

Program cuti sekolah

Awal cuti sekolah masing-masing bercuti sempena krismas dan tahun Baru. Ramai yang tak de di Lampeter. Minggu terakhir cuti barulah masing2 kembali. Oleh kerana ada janji yang masih belum terkota maka, Cik Na dengan berbesar hati menjemput semua anak2 warga Lampeter bermalam di rumahnya. Dan sempena dah berkumpul ramai2 tu, beberapa aktiviti yang bermanfaat telah pun dirancang dan Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa keping foto yang sempat dirakam......

Preparation untuk menonton youtube video tentang Nabi Muhammad

Pendaftaran kumpulan diketuai oleh Kak Aliya dan kak Syakira

Khusyuk menonton takut tak dapat jawab soalan kuiz.

Kenduri hadiah yang diperolehi

Sebenarnya ada beberapa lagi aktiviti yang aku tidak turut serta, antaranya solat berjamaah, kes study dan nasyid. Moga ianya mendatangkan sedikit sebanyak kesan di hati anak2 Lampeter.........


Snow mula mengacah


Ahad 4 Januari.....

Aaarrghhh.....memang malas sangat nak tinggalkan katil pagi tu dek kesejukan....tambah malas nak masuk dapur yang sejuknya terasa berganda2. Tapi mengenangkan hari tu ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan...akhirnya aku bangun juga sediakan sarapan. Abang kena tolong Dr.Asri pindah rumah hari tu. Twin ada kelas Kafa sebelah petang, pastu nak hantar mereka ke rumah kak Na untuk Program cuti sekolah.

Tak pernah2 bawa heater ke dapur....tapi pagi tu aku angkat jugak heater di bilik ke dapur sebab tak tahan sejukkkkk. Tangan dah menyucuk2 rasanya. Sedang sibuk menyediakan sarapan along angah jerit-jerit snow dah turun!!!snow dah turun!!!!Aku pun spontan terus selak langsir dapur.....ia laaaa snow......pastu tak tentu keruan dibuatnya......perkara pertama yg dibuat ialah charge bateri kamera.....sekejap2 tengok luar, sekejap tengok luar.....twin memang tak sabar2 dah nak main kat luar, sekejap2 tanya " can we play outside maaa, please..." aku kata tunggu snow tebal dulu....sudahnya snow berhenti turun......hujan renyai2 la pulak. Masa tu snownya adalah lebih kurang seinci. Snow atas bumbung rumah orang sebelah pun dah cair. Kesian kang kempunan pulak twin nak main snow aku pun bagi green light kat dorang untuk main outside....



Dorang pun kumpul-kumpul snow di laman rumah.....aku tengok ada la sejemput dorang tepek2 kan. Kesian pulak..... Kebetulan Zalifah tidur waktu tu dan snow kat Balai Bomba depan rumah tu agak tebal aku pun ajak dorang kumpul snow kat situ. Best la mamanya join sekali...............






Tebal jugak snownya. Walaupun bawahnya jalan tar, tapi jalan tu dah berais, so bila aku kaubkan, snow tu bersih..........aku kumpulkan dan bubuh dalam bekas plastik then angkut ke rumah dan lambakkan depan pintu rumah. Maka bermainlah si kembar sepuas-puasnya, sampai mama dan abahnya bising suruh masuk rumah.....baru masuk....itupun entah yang ke berapa kali di suruh masuk baru nak masuk dalam.



Akhirnya snow semakin cair dan cair......dia datang mengacah orang Lampeter rupanya. Untuk sedapkan hati ramai la yang kata next time snownya lebat lagi. Aku pun rasa macam tu....... InsyaAllah.