CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 11 January 2009

Sejuuuukkkk!!!

6 Januari 2009
ooooo.....Aku memang tak boleh lupa hari tu....hari paling sejuk semenjak aku menjejaki bumi UK ni, lepas solat subuh memang tak de hati nak masuk dapur...sebaliknya katil,selimut dan bantal jadi sasaran. Tak tidur pun....tapi dek kerana kesejukan dan bilik tidur tu pulak suam2 suhunya membuatkan kami sekeluarga sembang2 sambil melayan kerenah zalifah di katil.
Malangnya hari tu hari pertama sekolah dibuka selepas cuti krismas dan tahun baru. Tak de chance nak berlama2 di katil. Nak tak nak sebelum pukul 8 aku kena masuk dapur untuk sediakan pack lunch twin. Benda pertama aku capai sebelum masuk dapur pagi tu heater la....mana taknya suhu pagi tu mencecah -10 darjah celcius. Biasanya dinding kaca diruang tamu rumah kami berais sikit2 jer...tapi pagi tu boleh katakan keseluruhannya ditutupi ais. Pulak tu aisnya bukan disebelah luar tapi di dalam. Memang macam dok dalam peti ais rasanya.

Hu.....hu....hu....memang sejuuuukkkk!!!!!!!!!!!!!

Pukul 10 lebih, bila sang mentari dah menyemarakkan sinarnya baru la aisnya mulai cair.

0 comments: