CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 7 January 2009

Snow mula mengacah


Ahad 4 Januari.....

Aaarrghhh.....memang malas sangat nak tinggalkan katil pagi tu dek kesejukan....tambah malas nak masuk dapur yang sejuknya terasa berganda2. Tapi mengenangkan hari tu ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan...akhirnya aku bangun juga sediakan sarapan. Abang kena tolong Dr.Asri pindah rumah hari tu. Twin ada kelas Kafa sebelah petang, pastu nak hantar mereka ke rumah kak Na untuk Program cuti sekolah.

Tak pernah2 bawa heater ke dapur....tapi pagi tu aku angkat jugak heater di bilik ke dapur sebab tak tahan sejukkkkk. Tangan dah menyucuk2 rasanya. Sedang sibuk menyediakan sarapan along angah jerit-jerit snow dah turun!!!snow dah turun!!!!Aku pun spontan terus selak langsir dapur.....ia laaaa snow......pastu tak tentu keruan dibuatnya......perkara pertama yg dibuat ialah charge bateri kamera.....sekejap2 tengok luar, sekejap tengok luar.....twin memang tak sabar2 dah nak main kat luar, sekejap2 tanya " can we play outside maaa, please..." aku kata tunggu snow tebal dulu....sudahnya snow berhenti turun......hujan renyai2 la pulak. Masa tu snownya adalah lebih kurang seinci. Snow atas bumbung rumah orang sebelah pun dah cair. Kesian kang kempunan pulak twin nak main snow aku pun bagi green light kat dorang untuk main outside....



Dorang pun kumpul-kumpul snow di laman rumah.....aku tengok ada la sejemput dorang tepek2 kan. Kesian pulak..... Kebetulan Zalifah tidur waktu tu dan snow kat Balai Bomba depan rumah tu agak tebal aku pun ajak dorang kumpul snow kat situ. Best la mamanya join sekali...............






Tebal jugak snownya. Walaupun bawahnya jalan tar, tapi jalan tu dah berais, so bila aku kaubkan, snow tu bersih..........aku kumpulkan dan bubuh dalam bekas plastik then angkut ke rumah dan lambakkan depan pintu rumah. Maka bermainlah si kembar sepuas-puasnya, sampai mama dan abahnya bising suruh masuk rumah.....baru masuk....itupun entah yang ke berapa kali di suruh masuk baru nak masuk dalam.



Akhirnya snow semakin cair dan cair......dia datang mengacah orang Lampeter rupanya. Untuk sedapkan hati ramai la yang kata next time snownya lebat lagi. Aku pun rasa macam tu....... InsyaAllah.

5 comments:

cik-kam said...

Bestnya main snow..!! tak lama lagi baby Zalifah pon join da twins sekali.. Salam buat semua from Sarah Malia Imran di LP8..

hnyhar said...

hmm..snow main2 la pulak ye..takpe..muqaddimah tu kot. mana tahu lebat pulak dia trn nnti..

UnGu VioLeT said...

wadus2... siap keluar main erk.. :)

nar said...

Thanks cik kam,cik Nani dan kak mar....

memang best!!!!harap snow yang lebat akan turun lagi nanti.

Aliya Azman said...

makcik iza, time makcik iza g mesir, lebat gak salji turun kt lampeter. makcik iza ade main salji kt london ke? :D