CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday 29 December 2008

Salam maal hijrah

Buat Ayahanda, kedua-dua Bonda yang di kasihi,
semua adik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat handai, rakan dan taulan serta semua mereka yang mengenali diri kami. Semoga tahun ini lebih membawa keberkatan buat kita.
Ameen Ya Rabbal a'lamin....

Hijrah membina masa depan ummah

Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baru Hijrah 1430, dan pada masa yang sama menerima kedatangan tahun baru Masihi 2009.


Ma'al Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat Radhiallahu 'Anhum. Hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100:


Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membangun negara yang berteraskan petunjuk al-Quranul Karim. Dalam masa 10 tahun, Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar Rom Timur dan Parsi. Pengajaran penting kepada kita daripada peristiwa hijratur Rasul ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.

Justeru itu, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan kita. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat bergantung kepada pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.


Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:


Maksudnya: "Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan."


Pendidikan adalah matlamat utama melahirkan individu muslim yang berilmu dan membina masa depan ummah contoh. Peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia itu sendiri termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi menjana ummah berkualiti, pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh yang melibatkan farhu 'ain, fardhu kifayah dan teknologi maklumat perlu dititikberatkan.

Persoalan besar timbul ialah sejauh manakah penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan di negara ini?. Berdasarkan pemerhatian dalam bidang-bidang tertentu seperti ilmu matematik, sains fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perubatan dan bidang-bidang sains yang lain, di dapati bahawa umat Islam ketinggalan jauh berbanding pencapaian kaum-kaum lain. Ini merupakan cabaran hebat kepada umat Islam di negara ini dalam usaha membina masa depan yang cemerlang.


Kita semua sedia maklum bahawa pendidikan yang berkesan tidak akan terlaksana jika ia tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kejasama dan sokongan dari semua pihak terutama institusi keluarga. Ibu bapa sebagai ketua keluarga seharusnya peka dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya bersama. Ibu bapa perlu menyediakan prasarana yang baik di rumah bagi memastikan anak-anak dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa dan sempurna.

Proses pendidikan rasmi dibangku sekolah merupakan medan terbaik untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia seterusnya membawa mereka kemercu kecemerlangan dan kegemilangan. Akan tetapi usaha ini tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan, sekiranya ibu bapa menyerahkan tugas mendidik anak-anak ini kepada pihak sekolah secara mutlak. Sewajarnya tugas mendidik diteruskan oleh ibu bapa ketika anak-anak bersama mereka. Sebagai contoh, anak-anak telah diajar tentang cara bersolat dibangku sekolah tetapi perlaksanaannya perlu dipantau dan diteruskan di rumah. Andaikata berlaku pengabaian dalam aspek ini maka akan pincanglah proses pendidikan itu. Soalnya apakah kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna?.


Justeru marilah kita sama-sama bertindak secara proaktif memastikan masa depan generasi lebih cemerlang dengan usaha-usaha berikut:

Pertama: memperkasa sektor pendidikan yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara;

Kedua: ibubapa perlu berusaha dan berkorban menyediakan peruntukkan yang sewajarnya untuk pendidikan;

Ketiga: ibubapa perlu membuat kajian dan analisis dari masa ke masa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina pendidikan cemerlang; dan

Keempat: merancang dan menyediakan pelan tindakan supaya matlamat pendidikan anak-anak memenuhi keperluan dunia dan akhirat.


Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:


Maksudnya: " Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."

Saturday 27 December 2008

Ikan Kelah & Rohu UK


On the way back from Bridgend kami ke Swansea.....Selesai solat di Swansea Mosque kami ke Exotica untuk beli barang2 dapur. Antara tujuan utamanya ke situ mencari si ikang kelah yang diperkenalkan warga baru Lampeter Ustaz Dahlan & Isteri Munirah. Ikan tu dah lama wujud cuma oleh kerana ikan tu teramat la besarnya maka tak siapa berani mencuba. Bila dah tahu keenakannya baru la tercari-cari. Tambahan pulak tengah offer la ni 3 ekor GBP10. Bila Makan ikan ni teringat siakap yang selalu abah pancing. Tiap kali balik kampung siakap atau rohu masak tiga rasa la jadi santapan istimewa kami. Kebetulan ustaz mizi pun berhajat nak mencuba dan dia suruh staff exotica tu siangkan, aku pun hulur jugak la....senang balik rumah boleh terus simpan. Staff tu pun excited bila ada 9 ekor ikang besar yang dia kena potong, termasuk untuk ustaz Dahlan....(guna mesin jer.....). Aku pun apalagi ingat nak ambik gambar ikan jer....tup2 dia suruh ambik gambar dia sekali. Macam-macam aksi yang dia gayakan dengan ikan tu. Sorang lagi staff siap keluarkan segala ikan yang beso2 dalam peti ais depa suruh aku ambik gambar. Haha......ketawa kami tengok gelagat mereka...memang lucu....




Ni la besarnya ikan ni, yang warna gelap sikit rohu, kelah warnanya terang sikit, besarnya lebih kurang jer.



Bridgend Designer Outlet


"Boxing Day is the day after Christmas Day and falls on December 26. Traditionally, it was a day when employers distributed money, food, cloth or other valuable goods to their employees. In modern times, it is an important day for sporting events and the start of the post Christmas sales."

Boxing day tahun ni memang kami tak merancang ke mana-mana, cuma oleh kerana cuaca yang begitu cantik sekali membuatkan kami teruja nak outing ke mana-mana. So hari kedua boxing day kami keluar la juga, destinasi pilihan kali ini ialah ke Bridgend Designer Outlet di Bridgend. Pergi konvoi tiga kereta bersama Ustaz Dahlan & Munirah, Ustaz Mizi & Kak Na. Mula-mula sampai orang tak la ramai sangat, tapi menjelang tengahari memang ramai....Kedai yang mula-mula dikunjungi of course kedai kasut jenama pilihan ramai...apalagi kalau bukan Clarks......tak sah kalau tak beli, alang2 dah sampai kan....pastu baru meninjau2 ke kedai2 yang lain. Menjelang petang kami pulang. Cadangnya nak berkelah di mana2, memandangkan cuacanya cantik...tapi sejuknya sejuk yang teramat membuatkan hasrat kami terbantut. Maka berkelahlah kami dalam kete masing2.




Mata dah kenyang menjamu barang, ni giliran perut pulak minta di isi. Nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam jadi penangan kami tengahari tu....



Senyum melebar la budak 2 orang nih.....bukan dapat kasut jer....dapat yang ni lagi....


Nasib la Zalifah tak pandai mintak2 lagi, dapat main toy lama ni pun senyum melebar juge dia...

On the way back from Bridgend, kami ke Swansea...nak beli barang2 dapur mana yang kehabisan. Oleh kerana mentari yang masih lagi rancak menyinari bumi membuatkan pandangan ketika itu amat mengkagumkan. Sempat jugak la snap beberapa pemandangan yang menarik.


Winter Land di Swansea....beria2 twin kata "I love it...I love it...." tapi abah tak singgah pun...sebab nak pi masjid untuk solat.....




Friday 26 December 2008

Apple picking

Ni pengalaman pertama kami petik buah epal dari pokoknya. Lokasinya di Highmead. Adala dalam lima ke enam pokok. Malangnya pokok-pokok epal terbiar, tu yang tumbuh meninggi. Kalau dijaga pokok epal ni baru la merendang. Pernah tengok pokok-pokok epal yang dijaga rapi oleh tuannya di halaman rumah. Batangnya boleh buat ala-ala pokok bongzai lagi. Pergi tempat tu masa dah lewat petang. So tak lama sangat di situ, picking2 kemudian balik ke highmead, hari dah golap. Apapun memang banyak hasil tuaian kami petang tu. Terlobih2 epalnya sampai buat kerabu epal...emmmm boleh tahan jugak rasanya........




Ffynnonbedr School


Actually ni gambar masa 1st day Along angah sekolah kat Ffynnonbedr School Lampeter.
Masa mula-mula sampai UK, bangunan sekolah rendahnya betul2 terletak seberang jalan rumah Ustaz Zuhdi dan kak Seri, masa tu ada lagi 2 minggu persekolahan sebelum ditutup untuk cuti summer yang panjang. Sempat la berurusan untuk kemasukan sekolah dan beli uniform di situ. Twin pun sekolah sehari je kat situ. Lepas cuti panjang, sekolah di buka semula pada bulan September di banggunan baru. Sekolah yang lebih besar dan selesa, dekat dengan rumah kami sekarang. Ni la gambar2 kenangan suatu waktu dulu........




Di bawah ni pula gambar di sekolah baru



Thursday 25 December 2008

Lampeter dilanggar garuda



Kalau tahun lepas semasa hari Krismas kami di kota London, tahun ni kami jadi penunggu di Lampeter. Dengar ceriter orang lama, Pekan Lampeter seakan lumpuh di hari krismas. Tidak seperti hari-hari biasa. Walaupun pekan nya kecil tapi sentiasa sibuk dengan orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang. So sempena kewujudan kami di sini bagi cuti krismas tahun ni, rugi rasanya tidak keluar meninjau-ninjau Pekan Lampeter. Ohhhh.... betapa sunyinya pekan kecil ini seperti tidak berpenghuni. Kenderaan pun dilihat lalu sekali sekala sahaja. Pasaraya Somerfield dan Semua kedai ditutup kecuali pub. Spar dibuka sebelah pagi sahaja. Pintu utama UWL juga ditutup.




Selalunya bukan main payah lagi nak dapat parking di sini. Tapi hari ni boleh pilih nak parking kat mana pun.....depan Shapla Tandoori.

Jarang sekali tak de orang lepak-lepak kat roundaboud HSBC ni.


Pelik tapi benar di hari krismassss. Beginilah suasana pekan Lampeter special untuk tatapan warga Lampeter yang bercuti pada krismas tahun ni.


Aberaeron 2008


Tahun lepas ke Aberaeron tanpa Zalifah di pandangan. Ada bersama-sama kami tapi mama bawa dalam pouchnya. So untuk tahun 2008, Zalifah ada di bumi nyata, dah beberapa kali juga kami ke Aberaeron bersamanya. Tapi di lokasi yang lain dari tahun sebelumnya.



Masa ni angin bertiup kencang sangat. Sekejap je kami keluar, ambik gambar dan masuk balik dalam kete. Kami pun rasa nak terbang + sejukkkk sangat.