CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 3 December 2010

Snow 2010


Sibuk orang tempatan memperkatakan tentang "Unusual winter" tahun ni. Menurut mereka kesejukan kali ni kesejukan yang melampau, mencatat sejarah dalam tempoh berbelas tahun yang lalu, snow turun pada bulan November kerana pada kebiasaannya Lampeter mendapat snow pada bulan December seawal-awalnya. Itu kata orang tempatan.....apalagi kami yang baru masuk tahun keempat di sini. Kesejukan winter kali ini memang luar biasa. Kalau tahun lepas suhu drop paling rendah pun -18, kali ni hari pertama snow pada 26 November yang lalu, suhu dah pun drop ke -12. Itu baru permulaan......biasanya penghujung Desember daun-daun kering sudah lama berguguran, yang tinggal hanya pokok-pokok dan rerantingnya....dan bila snow datang maka memutihlah padang seputih-putihnya. Berbeza dengan winter kali ini....salji turun di kala ada lagi pepohon yang masih berdaun kering dan inilah hasilnya.......



kombinasi autumn dan winter





Kebetulan pada hari jumaat yang lalu kami menjemput Dr. Siti (UM) dan suaminya Dr. Zahiri (UIA) rakan sekerja suami di Malaysia yang datang ke Lampeter untuk makan tengahari di rumah. Biasalah ....kalau tengah snow ni lambat sikit buat kerja, sekejap-sekejap menjengah ke luar meninjau salji yang berguguran ke bumi. 11.30 pagi anak-anak yang bersekolah menengah dah sampai ke rumah. Biasanya waktu lunch mereka 12.30 tghari dan memang menjadi rutin mereka ke rumah kami untuk lunch dan solat Zuhur sebab pihak tidak menyediakan prayer room untuk pelajar muslim. Menurut mereka, sekolah ditutup awal kerana snow yang agak lebat. Tak lama kemudian mendapat panggilan daripada sekolah rendah pula untuk menjemput anak-anak yang bersekolah kerana sekolah ditutup awal disebabkan snow. Nampak semua orang kelam kabut masa tu. Bomba di hadapan rumah ni pun sekejap keluar sekejap masuk. Agak lebat snow yang turun. Dalam tempoh sejam habis memutih semua pandangan.

Bergambar kenangan bersama Kak Siti dan suami di halaman rumah Dr. Aderi sebelum menghantar mereka pulang.

0 comments: