Aberystwyth Castle merupakan antara tempat wajib yang kami kunjungi di musim bunga setiap tahun. Tahun lepas semerbak bau bunga Hyacinth menyambut kedatangan kami sebaik melangkahkan kaki di castle ni. Namun tahun ni hanya sedikit saja hyacinth di tanam berhampiran dengan playground kanak-kanak. Kebetulan hari kami ke sana ( ahad lepas) cuaca tak berapa cantik. Kadang-kadang ok kekadang hujan, so gambar tak la berapa cantik kerana awan tak membiru.......tapi kalau tak bergambar bimbang juga terlepas, tulip pun dah kembang mekar. Takut-takut bila pergi lagi sekali, cuaca cantik... tapi kelopak tulip dah berguguran ke bumi. Pada pandangan saya musim bunga tahun ni tak berapa menjadi.....mungkin sebab musim sejuk yang terlalu panjang. Bunga Daffodill pun dah mula kering. Jom tengok pose Along, angah dan Zalifah dengan bunga-bunga di castle ni......
Zalifah nak tiru gaya Along angah posing.....lucu tengok keletahnya waktu tu. Pusing sini tak jadi, pusing sana tak jadi....at last jadi macam dalam gambar ni la....boleh la....nanti belajar lagi ngan kakak ye!
Berikut sebahagian dari bunga-bunga yang terdapat di Castle ni......Anak-anak sibuk nak main di playground, Abah pergi town, so mama hanya dapat ambik gambar bunga-bunga ni jer....
1 comments:
haha
comel betul zalifah. nk try tiru along angah ye??? hehehe :D
Post a Comment