CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 19 March 2009

KDUK: Day 6 part 1 Jejak di bumi Anbiya' 24.01.2009

Selepas sarapan pagi tu kami menaiki sebuah van yang di sewa khas untuk ke destinasi. Jejak kami hari tu adalah Qanatir, destinasi pertama yang dituju sebelum menaiki cruise merentasi Sungai Nil. Sungai yang mencipta sejarah Nabi Musa yang di hanyutkan oleh ibunya demi keselamatan nyawa anakanda tercinta.




Perjalanan melalui pekan-pekan kecil dan perkampungan, kelihatan keldai-keldai yang masih menjadi tunggangan masyarakat Arab Baladi untuk membawa barangan mereka. Turun je dari van kami jadi tumpuan orang-orang di situ. Aku pulak perlukan tandas ketika itu. Melilau mencari akhirnya ketemui. Sepanjang pengalaman aku di sana amat susah untuk jumpa tandas-tandas awam yang bersih, kecuali yang terdapat dalam shopping2 komplek. Semuanya hampir2 tak lalu nak menggunakannya, semuanya kerana tiada pilihan......mentaliti masyarakat di sini tentang kebersihan memang masih jauh ketinggalan. Sampah sarap di merata2 tempat.

Sampai pula di pintu masuk seorang budak dengan kudanya mengekori rombongan kami, merayu-rayu untuk ditunggangi. Tak lama kemudian datanglah berduyun-duyun kengkawan budak tu dengan membawa kuda masing-masing. Rayu punya rayu akhirnya angah along naik lah jugak. Sementelah kami tak mahu menunggangi kuda tu, beberapa orang pemuda dan kuda2nya tetap mengekori kami mengofer-ngofer kami untuk naik kudanya, walau dah berkali-kali kami kata tak nak, tapi dia buat tak faham jer...naik rimas aku di buatnya. Akhirnya kena jerkah dengan Ustaz Mizi baru dia pergi.



Kami ke masjid berhampiran untuk solat selesai solat, meninjau2 sekitar kawasan di situ sementara menunggu Yasir membeli kibdah.Angah along sempat naik motor kapcai yang disewa Yasir untuk cari cover kamera Nadia yang tertinggal dalam kereta kuda, dan sempat sagut tebu yang abah dan pakcik mizi belikan masa survey tempat nak naik cruise.





6 comments:

iu rf said...

seronoknya jalan2.. salam ziarah...:)

nar said...

Thanks, sudi ziarah laman blog saya yg tak seberapa ni.....salam ukhwah dari saya.

CikguZue said...

salam Iza,
best kan kat Mesir. banyak tempat boleh pergi.
tarikh kat tajuk tu macam silap je. masa tu zalifah tak lahir lagi. hehe...
Iza kena tag. ada masa jawab,k.

nar said...

Thanks kak zue.....

Ha a la, baru perasan tahunnya silap taip....
InsyaAllah....

me said...

Makcik Iza, post terbaru kat blog kakak ade gambar Zalifah. Makcik Iza dipersilakan untuk ambil kalau nak. :]

CikguZue said...

salam,
iza kena tag lagi. akak tgh rajin bagi2 tag ni....hehe