22 Oktober 2010, sempena cuti sekolah pertengahan semester, kami bercuti ke beberapa tempat di England dan Scotland. Dah lama merancang untuk ke Scotland di musim autumn. Alhamdulillah...baru kini jadi realiti. Tempat pertama yang kami rancangkan ialah ke sekitar Blackpool Tower. Alhamdulillah cuaca hari tersebut begitu cantik sekali. Walaupun kelihatan panas terik dengan langit membiru namun hakikatnya kesejukan masih terasa. Tambah pulak tempat ni terletak di tepi laut.....membuatkan kesejukan makin terasa.....Hampir 2 jam kami di situ, siap beli kebab dan burger ( kebetulan ada kedai halal ) di situ, dan berkelah menghadap lautan yang luas terbentang, maklumlah cuaca yang dingin menyebabkan perut cepat terasa lapar.....selesai makan kembali jalan-jalan sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
0 comments:
Post a Comment