CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 30 November 2010

Aberdeen, Scotland


Setelah seharian di Highlands, kami sampai ke Aberdeen bila malam berlabuh. Dalam samar-samar lampu jalan yang menyuluh, kami menyempatkan masa ke University of Aberdeen sebelum mencari restoran halal untuk mengalas perut yang mula kelaparan. Kemudian bergerak menuju ke travelodge di Dunfermline.

Loch Ness, Highlands


Loch ness yang terkenal dengan nessie yang menjadi misteri...........

Inverness, Highlands


Connel Bridge Scotland


Melihat connel Bridge di fotokan di sekeping poskad menunjukkan jambatan ini juga menjadi salah satu tarikan di Scotland. Sempat singgah untuk merakamkan kenangan berlatar belakangkan jambatan ini, namun ketika kereta kami melaluinya hujan turun selebat-lebatnya menyebabkan pandangan menjadi kabur.

Oban, Scotland


Mc Caig's Tower yang menjadi salah satu daya tarikan di Oban. Tower ini dibina pada tahun 1897 . Kami hanya berkesempatan melihatnya dari jauh. Hanya berjalan-jalan di sekitar bandar Oban. Bermusafir di hujung autumn, malam cepat berlabuh....tambah cuaca yang tak berapa mengizinkan menyebabkan kami ingin segera pulang.....

Wednesday, 24 November 2010

Falkirk Wheel. Scotland



Pada asalnya kami merancang untuk terus ke Oban dan Fort William. Keluar dari Travelodge di Falkirk pukul 8.00 pagi, entah macam mana dah setengah jam perjalanan baru teringat handphone tertinggal bawah bantal di travelodge. Saya memang biasa menggunakan handphone sebagai morning call. Tidak boleh tidak kami terpaksa berpatah balik ke travelodge dan menukar jadual perjalanan.

Teringat kata-kata member di Glasgow, Kalau dah ke Falkirk rugi tak ke Falkirk wheel......itulah hikmah keterlupaanku dan ingatan untuk saya agar tidak lalai lagi.....maka sampailah kami ke sini......





Beberapa aktiviti semasa menunggu boat peretama beroperasi.