CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 27 July 2010

Roses @ Llysmeddyg

Bunga ros kecil yang tumbuh merimbun dan menjalar di pagar tepi rumah kami. Walaupun baunya kurang mengharum namun warnanya cantik dipandang mata.


Mr & Mrs Jenkins


Hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti musim panas merupakan hari terakhir Mr and Mrs Jenkins bergelar seorang guru (pencen). Mr Jenkins merupakan Guru Besar di Ffynnonbedr Lampeter. Pasangan suami isteri ini sangat rapat dengan masyarakat Melayu di Lampeter dan sangat mengambil berat masalah pembelajaran anak-anak melayu di sini. Sering bertanya khabar dan bertegur sapa tiap kali bersua muka. Sebagai tanda terima kasih kami warga Lampeter telah menyampaikan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan buat mereka berdua.

Bowl of beuty



Bunga wangi yang hidup di tepi rumah kami bila tiba musim bunga . Setiap kali keluar rumah pasti singgah mencium harumannya. Tak puas menatap keindahan ciptaan Ilahi ini yang hadirnya cuma sebulan dua je, akan kami tunggu kunjungannya ke Llysmeddyg di musim bunga tahun hadapan . InsyaAllah.

Puteri lilin


Ni gambar Zalifah dan Athira bermain di laman rumah kami Llysmeddyg. Dek kerana cuaca yang panas hari itu pandai pulak la mereka berdua ni berpayung-payung sambil bermain . Geli hati gak tengok gelagat mereka bergaya......

Monday, 12 July 2010

Ku dambakan KasihMu



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


*Damba Kasih by In-team*

Friday, 2 July 2010

Legoland Windsor : 27 June 2010

Kami checkout dari quality hotel awal pagi lagi untuk ke carboot di Reading. Dari situ kami terus ke Legoland. Seperti hari sebelumnya, anak-anak nampak bersemangat mahu menerokai permainan yang tidak sempat diteroka pada hari sebelumnya.


Loki's Labyrinth


Long Boat invader


Spining Spider


Jolly Rocker



Lunch time



Pirate Falls Dynamite Drench


Aero Nomad

Thunder Blazer


Orient expedition


Laser Raiders


Wave surfer


Dino Safari


Dino Dipper


Mini Land


Setelah semua permainan dihentikan jam 6 petang, barulah kami bertolak pulang. Pulang dengan keletihan, pulang dengan kenangan....