Tak habis lagi publish gambar snow sebenarnya......
Sunday, 31 January 2010
Thursday, 21 January 2010
Frozen waterfall
Boleh imagine tak cammane punya sejuk kat sini......sampai air terjun yang sentiasa mengalir pun boleh beku!
Posted by nar at 12:13 6 comments
Labels: Cuaca dan musim
Tuesday, 12 January 2010
Snow masih mencurah...
Di luar snow masih mencurah. Turun dari tengahari tadi, hingga kini masih belum ada tanda nak berhenti. Twin dah dekat sebulan tak sekolah. Persekolahan yang dijadualkan bermula pada 5 Januari lalu selepas cuti krismas dan tahun baru terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca. Hari ni dah masuk minggu kedua sekolah di tutup. Snow kali ini adalah yang terburuk sejak 30 tahun lalu. Banyak kemalangan akibat jalan licin di laporkan. Kebanyakan lapangan terbang juga ditutup pada waktu2 tertentu sehingga kerja2 penyelenggaraan membersihkan snow selesai dilakukan. Di Lampeter kali ini suhu mencecah sehingga -15 darjah celcius. Memang sejuk....macam dok dalam peti ais......
Hari ini snow turun sekali dengan angin yang kuat. Saki baki snow minggu lalu yang masih tebal di laman rumah bertambah tebal. Akibat angin yang kuat snow melekat di tingkap2 rumah. Jika keadaan di luar berlarutan hingga esok pagi alamatnya memang kami dok dalam peti ais. Dengan baki snow di bumbung rumah yang masih belum cair sepenuhnya, ditambah lagi dengan snow yang sedang mencurah..... dan halaman rumah yang semakin memutih......saat inilah terasa syoknya panas mentari di bumi Malaysia.....
Posted by nar at 12:03 2 comments
Monday, 11 January 2010
Sunset
Ya Allah.....berakhir sudah siangMu.....menjelang pula malamMu......maka ampunilah aku!
Posted by nar at 14:50 0 comments
Sekalung Tahniah
Kami sekeluarga merakamkan sekalung tahniah buat Dr. Ahmad Tarmizi atas kejayaan beliau menyiapkan phd.Selamat kembali ke tanahair dan selamat meneruskan perjuangan di sana.
Posted by nar at 14:05 0 comments
Labels: Wishes
Sunday, 10 January 2010
Saturday, 9 January 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)