CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, 23 April 2010

Musim bunga datang lagi...


Indahnya bumi empat musim. Kalau musim sejuk yang lalu menyaksikan keindahan alam disaluti salji seputih salju kini kami di kelilingi alam maya berwarna warni. Saat ini menyaksikan bunga-bunga berkembangan mengikut peringkat dimulai dengan snowdrop disusuli dengan daffodills dan tulip diikuti dengan pelbagai bunga lain dalam pelbagai bentuk dan warna. Halaman rumah kami melata bunga kekuningan. Kelopak bunga magnolia dah mula jatuh berguguran. InsayaAllah next entry akan saya muatkan dengan gambar2 di halaman Llysmeddyg kami.

Sayang Tigger Mama

Zalifah dengan costume tiggernya berposing di halaman rumah.


Pantai Tenby

Aktiviti minggu lepas, selesai shopping di carboot Carew kami ke rumah teman seMalaysia Syafurah dan Zali di Tenby. Berkumpul di rumah Sya dan Zali, seusai solat Zuhur rombongan kami berangkat ke tepian Pantai berhampiran rumah mereka untuk berpicnic. Menariknya pantai ini ada anak sungai yang mengalirkan airnya terus ke laut. Jadi tak susah untuk anak-anak bermain pasir pantai dan membersihkan kotoran. Jom tengok betapa seronoknya mereka waktu itu......


Lido Blackpill, Mumbles Swansea

Dua minggu lepas, selepas bershopping di carboot Singleton Swansea kami terus ke Mumbles. Blackpill Lido jadi pilihan sebab anak-anak semua dah ketagih nak main playground. Maklumlah dah jemu dengan indoor activities di musim sejuk. Bila matahari dah mula bersemarak ni masing-masing sibuk dengan outdoor activities. Segala macam dikeluarkannya dari scooter, skateboard, rollerblade dan macam-macam lagi. Apalagi senyum tak habis la kanak-kanak rebina ni bila hajat nak main playground kesampaian.....

Thursday, 15 April 2010

Lampeter Family Centre

Bergambar di hadapan banggunan Family Centre


Build up house or tower


Here my little tulip!

Painting


Kakak2 besar ni tak main tau...just mornitor adik2


Colouring