CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Puteri2ku Sayang. Show all posts
Showing posts with label Puteri2ku Sayang. Show all posts

Wednesday, 10 November 2010

New swimmer

Mengisi masa Zalifah dengan swimming session yang dikhususkan untuk parents and baby/toddler group. Swimming pool ni terletak berdekatan dengan rumah kami. Bumbungnya pun kelihatan dari rumah. Hanya diselangi dengan Balai Bomba sahaja. Seminggu sekali....Dengan bayaran sebanyak f 2.30 selama 1 jam, Zalifah berpeluang berjinak-jinak dengan air sebagai permulaan untuk belajar berenang. Tahu dia tak takut dengan air, tapi tak terjangkau yang zalifah ni over confident pulak dengan air. Mamanya yang tak yakin dengan kemampuan anak sendiri!. Baru sekali dua join group ni Zalifah dah mula minta dilepaskan. Ditepis-tepis tangan mamanya tak bagi pegang. Nak berenang sendiri. Last week dia dah mula berani nak terjun dari tepi swimming pool ke dalam air. Tak berani lagi nak snap gambar Zalifah tengah terjun sebab masih dalam pengawasan ketat mama, huhuhu......Rasanya kalau Zalifah belajar dengan jurulatih renang professional, sekejap je dah pandai. Ni dengan mama yang tak pandai pun berenang... tu yang tak confident! Kena take time la jugak. Anyway balik M'sia nanti boleh berenang di Tiara, PD, Sungai Congkak, Hot spring Sg. Kelah dan taman tema air.....tempat2 yang selalu angah along kunjungi suatu masa dulu......


Wednesday, 3 November 2010

Birthday twin

Happy Birthday yang ke sembilan buat anak-anak mama & abah Nur Zaidah Zakirah @ Along & Nur Zaidah Zahirah @ Angah pada 17 October 2010. Semoga anak-anak mama ni jadi anak berguna di dunia dan akhirat....moga jadi anak solehah.InsyaAllah.


Happy birthday juga pada semua yang lahir bulan oktober......Terima kasih pada makcik Ida dan makcik mimi juga pada semua yang sudi hadir.

Tuesday, 27 July 2010

Puteri lilin


Ni gambar Zalifah dan Athira bermain di laman rumah kami Llysmeddyg. Dek kerana cuaca yang panas hari itu pandai pulak la mereka berdua ni berpayung-payung sambil bermain . Geli hati gak tengok gelagat mereka bergaya......

Friday, 23 April 2010

Sayang Tigger Mama

Zalifah dengan costume tiggernya berposing di halaman rumah.


Thursday, 15 April 2010

Lampeter Family Centre

Bergambar di hadapan banggunan Family Centre


Build up house or tower


Here my little tulip!

Painting


Kakak2 besar ni tak main tau...just mornitor adik2


Colouring



Wednesday, 24 March 2010

Zalifah and Daffodills

Painting merupakan aktiviti yang paling disukai Zalifah di Lampeter Family Centre. Walaupun dia tengah asyik main masak-masak bila perasan je staff di situ sedang prepare peralatan untuk mewarna di meja, terus dia menuju ke meja dan duduk tanpa disuruh. Lihatlah ketekunan Zalifah mewarna bunga Daffodills sempena Spring yang bakal tiba......


Friday, 5 March 2010

Bunga yang menjadi penyeri rumah kala ini. Bau harumnya semerbak semerata rumah. Yang purple kepunyaan Along manakala yang putih kepunyaan Angah. Excited bukan main lagi sampai kena sound jangan siram hari2. Mana taknye masa baru beli sehari siram sampai 3 kali. Bunga yang kekeringan kat Malaysia pun tak sampai banyak tu. Lebih excited masa pokok ni baru nak berbunga.....cantik! macam anak-anak mama...... ( ye ke angah along....)