CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Cuaca dan musim. Show all posts
Showing posts with label Cuaca dan musim. Show all posts

Friday, 3 December 2010

1st frozen day

25 November 2010, first frozen day berlokasi di Llysmeddyg, Victoria Terrace, Lampeter

Autumn @ University

Pulang dari Scotland, tak de mood lagi nak ambil gambar autumn di university, sementelah banyak gambar autumn dah difotokan di Scotland dan England. Seminggu berlalu......bila kami menjejaki university petang itu dah banyak pokok yang tinggal ranting sahaja. Ada pun dedaunnya dah tak kekuningan tapi dah bertukar coklat, menanti hujan dan angin untuk gugur ke bumi.

Wednesday, 3 November 2010

Autumn 2010

Tika ini bumi empat musim bagai disimbah warna keorenan... walaupun baru beberapa hari musim sejuk / winter menjengah, pokok-pokok di sekeliling berubah warna. Dari kehijauan di musim panas yang lalu kepada warna keemasan, keorenan, coklat dan kekuningan......sebahagian besarnya sudah pun lerai jatuh ke bumi....musim luruh baru berakhir....pokok-pokok banyak juga yang dah tinggal ranting-ranting sahaja.
Musim luruh yang mungkin kali terakhir bagi kami di bumi empat musim ni......alhamdulillah, kami berkesempatan menikmatinya sepanjang jalan di bumi UK ni. Dari Wales ke England, dari England ke Scotland....panorama yang sungguh mengasyikkan. Lalu di jalan-jalan yang diteduhi pokok -pokok rendang keemasan. Kekadang menimbulkan rasa terharu di hati ini....mengenangkan mungkin ini kesekian kalinya menikmati keindahan seperti ini. Tapi kekadang timbul di hati apa bezanya dengan luruhnya dedaun pokok getah di belakang rumah mak dan abah. Cuma mungkin aku yang tidak menikmatinya sebagai satu keindahan....mungkin nanti sekembalinya ke sana kerinduan pada musim luruh di bumi empat musim membuatkan aku menghargai dedauan yang berguguran itu. Manusia....selalu lupa mensyukuri nikmat di sekelilingnya. Sering mengharap pada yang tidak diperolehnya!
InsyaAllah jika berkelapangan ingin sekali memasukkan entry permusafiran kami sepanjang cuti sekolah minggu lalu. Buat tatapan keluarga dan sahabat-sahabat di tanahair khususnya...


Wednesday, 5 May 2010

Flowers all around University


Maaf, en3 kali ni sarat berisi gambar bersama bunga-bungaan di sekitar University Wales of Lampeter. Nak buat camane...saya memang peminat bunga....Alhamdulillah cuaca hari itu sangat mengizinkan untuk kami berfotografi, walaupun angin kuat dan sejuk namun keaktifan anak-anak berkejaran mungkin mengurangkan rasa sejuk mereka. Mood Zalifah pun dah ok sikit namun tak seceria selalu. Mungkin di sebabkan masih tidak selesa dengan chicken poxnya. Mamanya pula asyikkk..... menikmati indahnya ciptaan Ilahi......


Jumpa alia, Cik Man dan makcik Mimi masa kat sini.


Masa ni abah dah balik dari beriadah....baru nak join malangnya bateri kamera pun dah lip lap lip lap....