CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 31 December 2009

Snow @ Brecon, Wales.


Snow @ Highmead Llanybbder


Tuesday, 22 December 2009

Snow 2009 - view all images-

Autumn 2009

Sekembalinya kami dari Malaysia, musim panas sudah berakhir dan musim luruh sudah pun bermula. Halaman rumah dipenuhi dedaun kering yang berterbangan terutama dari pokok besar di hadapan rumah kami. Anehnya Kalau di Malaysia sudah pasti semak mata memandang, namun di sini lain situasinya. Musim luruh begini kalau diamat-amati dedaun datang dalam pelbagai warna dan rupa......ada yang keemasan, kekuningan, keorengan, keperangan....semuanya cantik dipandang mata. Subhanallah.










Aidil adha 2009

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Aidiladha kali ni disambut di Highmead Llanybbder. Selesai Solat sunat hari raya kami dijamu dengan juadah hari raya sambil melayan kerenah anak-anak. Memang jadi kebiasaan di Highmead setiap kali perayaan ada face painting & henna untuk meraikan kanak-kanak. Angah along pun tidak ketinggalan, tapi kali ni tak sempat buat face painting sebab selesai makan ibadah korban disempurnakan oleh kaun lelaki hingga lewat petang. Di sebelah malamnya takbir dari rumah ke rumah. Kali ni kami menjemput semua warga Lampeter beraya dan bertakbir di rumah pada hari Raya kedua.


Salam maal hijrah

Rasanya masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut tahun baru hijrah yang baru berlalu 5 hari yang lepas. Semoga tahun ini akan lebih memberi makna buat kita semua.
Atas permintaan sekeluarga juga, saya mula mempublishkan cerita dan foto-foto kami di sini untuk tatapan keluarga dan sahabat handai di Malaysia dan di mana saja berada.

Tuesday, 16 June 2009

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih