CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label winter. Show all posts
Showing posts with label winter. Show all posts

Friday, 6 May 2011

Puncak Brecon


Hampir 4 bulan lebih saya tidak memasukkan sebarang entri di ruang blog ini. Sebelum n3 yang saya masukkan baru-baru ini, n3 terakhir saya sempena Tahun Baru Hijrah December lalu…..waktu itu heavy snow sedang melanda Bumi Empat Musim ini. Di Lampeter khususnya, selama hampir 4 tahun saya bermastautin disini, belum pernah merasa salji seawal, setebal dan sesejuk ini.

Rugi rasanya tidak terus mencoretkan pengalaman suka duka di rantauan, sementelah blog ini juga dikhaskan untuk merakam memori di bumi empat musim ini, moga ia daapat diputarkan kembali walau hanya di muka computer sebagai kenangan dan sebagai sejarah dan dokumentasi hidup kami sekeluarga, khususnya ketika di rantauan…..

Menyingkap semula memori lalu….22 December 2010, walaupun penuh debaran, kami terpaksa juga mengharungi snow yang tebal untuk bercuti ke Istanbul, Turrkey. Sementelah tiket flight dan penginapan telah ditempah awal-awal lagi. Kereta kami beberapa kali terpusing akibat jalan licin, kerisauan suami untuk memandu dalam keadaan jalan yang sangat licin sehingga membuat keputusan untuk ke garage tukar tayar kereta walaupun ianya masih selamat untuk digunakan. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba ke Travelodge, tidak jauh dari airport dengan selamat.

Sehari sebelum bertolak ke London untuk ke Istanbul, Kami menjejaki snow di Brecon.
Mengenangkan ini kali terakhir bermandi salji kami selitkan juga ruang waktu untuk ke sana, Brecon terkenal dengan kawasan pergunungan yang cantik di Wales selain Snowdon. Perjalanan kami ke sana sangat-sangat mencabar. Hampir sahaja saya mengajak suami berpatah semula ke rumah bila melalui jalan sempit yang licin. Namun pemandangan di kanan kiri jalan memukau pandangan mata. Cantik, indah dan menakjubkan. Semuanya bersih keputihan…..Subhanaallah! itulah satu perkataan yang selayaknya…..

Sunday, 5 December 2010

Berunggun

Salah satu aktiviti indoor semasa winter dan antara keistimewaan Llysmeddyg ...... boleh berunggun untuk memanaskan badan yang kesejukan.



On the way back from Brecon

Gambar-gambar difotokan dalam perjalanan pulang ke Lampeter. Panorama indah winter 2010. Maha suci Allah yang Maha Pencipta. Tiada apa yang lebih indah dari ciptaanNya. Winter terakhir di bumi empat musim...........


Friday, 3 December 2010

Sledge @ Brecon

Bermain sledge di Brecon mountain pada ahad lepas 28 Nov.2010. Saja ke sana meninjau-ninjau ketebalan snow di Brecon. Tambah pulak cuaca cantik pada haritu, memang sesuai untuk bergambar. Kombinasi warna biru dan putih salji yang menawan........


Angah along nun jauh di puncak bukit
Mama tunggu kat bawah!


Bersedia untuk ke atas semula.....
Zalifah pun excited main sledge

now....abah n mama turn!....zalifah still nak tumpang....


along angah yang masih tak penat dan tak puas main....



pipi Zalifah yang merah kesejukan.....huhuhu...

4 lapisan warna.......coklat, hijau, putih dan biru.....saujana mata memandang! pemandangan pokok pine, salji dan awan dari puncak Brecon mountain.