Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Friday, 3 December 2010
Tetamu dari London
Selamat datang ke Llysmeddyg, Victoria Terrace buat Kak Sham dan Kak Marina serta suami dan anak-anak masing-masing. Masa ni sebenarnya masih lagi dalam suasana Hari raya Aidil Adha. Kak Sham dan Kak Marina adalah doktor perubatan yang menyambung pengajian peringkat ph.d di UK. Merupakan rakan kepada Kak Mahani juga doktor yang mengikut suami membuat penyelidikan di Lampeter sekali gus merupakan jiran terdekat kami.
Terima kasih kerana sudi bertandang dan harap tak serik untuk datang lagi ke perkampungan ini!
Posted by nar at 11:44 1 comments
Labels: home sweet home
Tuesday, 27 July 2010
Roses @ Llysmeddyg
Bunga ros kecil yang tumbuh merimbun dan menjalar di pagar tepi rumah kami. Walaupun baunya kurang mengharum namun warnanya cantik dipandang mata.
Posted by nar at 12:08 2 comments
Labels: home sweet home
Bowl of beuty
Bunga wangi yang hidup di tepi rumah kami bila tiba musim bunga . Setiap kali keluar rumah pasti singgah mencium harumannya. Tak puas menatap keindahan ciptaan Ilahi ini yang hadirnya cuma sebulan dua je, akan kami tunggu kunjungannya ke Llysmeddyg di musim bunga tahun hadapan . InsyaAllah.
Posted by nar at 11:33 0 comments
Labels: home sweet home
Thursday, 25 December 2008
Gardening day
Rasanya ini lah masa yang sesuai nak buang pokok2 liar yang berduri di celah-celahan pokok queen di sebelah rumah tempat persinggahan burung-burung kesayangan abang. Oleh kerana dedaunan pokok ni dah togel dek musim sejuk lebih memudahkan kerja aku untuk mengeluarkan pokok liar yang yang dipenuhi duri tu. Kebetulan pulak cuaca pada hari tu tak berapa sejuk tu yang aku gagahi jugak nak mengerjakannya. Itu pun setakat ni masih belum selesai. Maklum la buatnya time Zalifah tidur.....Hopefully kerja2 pembersihan tu dapat disiapkan dalam waktu terdekat. Itu pun bergantung pada cuaca....
Posted by nar at 10:57 0 comments
Labels: home sweet home
Wednesday, 3 December 2008
Tetamu dari UMKL
Sempena Seminar Islam Hadhari yang diadakan di University of Wales Lampeter pada bulan Jun yang lalu, kami menerima kehadiran teman-teman sekerja di UMKL. Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali, Dr. Lukman Abdullah dan isteri kak Wan Marhaini. Lama tak berjumpa, seronok rasanya bersembang dari satu topik ke satu topik. Untuk Kak Mar semoga tabah berjauhan dengan suami dan 5 putera.Tentu sunyi yang teramat sangat berjauhan dengan hero-hero yang berperang saban hari.Semoga dapat menyudahkan tesis dengan jayanya dalam waktu yang
singkat.
Posted by nar at 06:24 1 comments
Labels: home sweet home
Thursday, 20 November 2008
Rumahku syurgaku
Kali ni nak masukkan n3 gambar ruang-ruang yang terdapat di banglo sewa kami ni. Khas buat tatapan nenek, atuk, opah dan semua keluarga Gombak dan Perak. Sesekali teringat kami dapatlah bayangkan tempat yang sebenar.......
Ruang tamu
Dapur
Bilik tidur utama
Bilik tidur kembar
Setakat ni dulu....ada beberapa ruang lagi yang tak sempat dirakam, tunggu di lain kali ........
Posted by nar at 13:03 2 comments
Labels: home sweet home
Thursday, 13 November 2008
Laman menjelang winter
Menjelang musim sejuk, banyak pokok-pokok di sekeliling rumahku dah terbogel, daun-daunnya dah beterbangan entah ke mana, yang tinggal hanya ranting-ranting yang jadi tempat persinggahan beburung menjenguk santapan kelaparan. Bukan apa abang rajin sangat dia menjamu beburung dengan hidangan 1st class nya. Upah berkicau di pagi hari.......
Ni pokok bunga kegemaranku dan abang, bunganya wangi berwarna purple dan putih. Nantikan mekarnya di musim bunga.....
Dua pokok ni la yang tinggal jadi penyeri laman rumahku di musim winter
Posted by nar at 12:12 0 comments
Labels: home sweet home
Subscribe to:
Posts (Atom)