CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label holidays. Show all posts
Showing posts with label holidays. Show all posts

Friday, 3 December 2010

Aberaeron 2010


Kembara kami ke Scotland bernoktah di sini. Melalui jalan persisiran laut di Aberaeron berkebetulan waktu sunset, maka dah jadi kebiasaannya kami singgah menyaksikan siang melabuhkan tirainya.


maka malam pun menjelma...........aturan yang diciptakan Allah dengan penuh keajaiban dan seribu satu hikmahnya!

snowdonia


Dah tiga,empat kali juga kami mel;alui jalan ini dan tempat ni sering menjadi perhentian. View cantik dengan gunung ganang dan tasik di hadapannya. Zalifah bad mood waktu ni, jari luka kena gigit + sleepy. So sekejap je berhenti dan teruskan perjalanan pulang.


Bala Lake, Snowdonia

On the way back...dari Scotland ke England, dari England ke Wales, memandangkan masih awal sampai di Wales kami singgah di Bala Lake, Snowdonia. Menikmati panorama petang di musim luruh...........

Thursday, 2 December 2010

Metro Centre, New Castle


Kesyukuran juga dipanjatkan atas pertemuan dengan rakan lama Helmi Saadan dan Ros Aniza yang juga menetap sementara di Durham. Tinggal berdekatan dengan rumah Nani, kesempatan yang ada kami aturkan untuk berjumpa. Kalau Nani hampir 10 tahun tidak berjumpa, dengan Helmi dan Ros ni pula hampir 15 tahun tidak bersua. Mengenali Helmi sejak tingkatan satu di SAMR Sg. Selisik hinggalah Sama sama menyambung persekolahan peringkat menengah tinggi di SAMT KKB, dan bertemu pula dengan Ros Aniza. Kesemua kami rapat kerana sama-sama menjadi pengawas sekolah dan pengawas asrama. huhuhu....semua tinggal kenangan. Zaman persekolahan yang tak luput dari ingatan.


Helmi, Ros dan 4 cahaya mata mereka, Farhan, Fawwaz, Afeef dan Alya Farhana.



Malam tu Helmi dan Ros bawa kami window shopping di Metro Centre di New Castle, ada KFC dan Nando's Halal di situ. Malam tu Helmi dan Ros belanja makan di Nando's, sambil bercerita yang tak sudah-sudah. Mengingat kembali rakan-rakan dan guru-guru lama kami....kepada Ros dan Helmi Terima kasih juga atas undangan dan keraian. Kami tunggu kunjungan balas kalian!

Durham University

Dari Durham Castle dan Cathedral, kami menuju ke Durham University, berhenti di School of Government and International Affairs, Institute for Middle Eastern and Islamic Studies, Al Qasimi Building. Pokok-pokok di sekitarnya tengah keorenan. Autumn view yang sangat cantik. Anak-anak seronok bermain dedaun yang kekeringan. Tak sedar masa berlalu......


Lihatlah betapa asyik mereka bermain.....

Terasa cepat waktu berlalu. Anak-anak masih belum puas bermain bersama. Masing-masing minta untuk kembali semula bermain di rumah. Tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Ada lagi pertemuan yang belum direalisasikan.

Buat Nani dan Zul, terima kasih atas undangan dan keraian. Pertemuan yang singkat tapi bermakna. Moga jumpa lagi. Buat Ameen, Iffah dan Izzah, Along, angah dan Zalifah tunggu di Wales!

Durham Castle & Cathedral

Haa.....ni dia antara mereka yang menanti kami di Durham. Pertemuan yang sering diharapkan sejak saya tahu mereka sekeluarga juga menjadi perantau di bumi empat musim ini. Nani & Zul.....kali terakhir kami bersua semasa majlis pernikahan saya pada 20.01.2001. Hampir 10 tahun tidak bersua.....masing-masing dah punya 3 cahayamata. Saya mengenali Nani semasa kami sama-sama menunutut di UIA Gombak. Satu kolej -Kolej Aminah. Saya senior setahun dari Nani. Masa tu saya aktif dengan persatuan COMRADE - Persatuan Dakwah untuk Orang Asli. Nasmi junior yang juga aktif dalam COMRADE merupakan roommate Nani ketika itu. Maka saya selalu melepak dibilik Nani & Nasmi sambil melangsaikan kerja-kerja persatuan. Semua itu kini tinggal kenangan yang menjadi nostalgia hidup sebagai penuntut di menara gading. Masing-masing membawa haluan sendiri selepas itu...





Sampai satu ketika bila saya tahu Nani juga menetap sementara di UK . Sejak itu saya sering mengikuti perkembangan Nani sekeluarga melalui blognya. Walau tidak pernah bersua muka dengan anak-anaknya Ameen, Iffah dan Izzah, saya masih merasa mereka dekat di hati saya. Mungkin kerana sering kali menatap wajah-wajah mereka di blog ibunya. Begitu juga Along angah dan Zalifah. tidak kekok untuk menyesuaikan diri dengan kenalan baru. Berlari berkejar-kejaran keatas ke bawah, riuh rendah dengan suara mereka bermain di dalam rumah hingga larut malam. Saya dan Nani pula sementelah terlalu lama tidak bertemu, kami berbual dari satu topik ke satu topik, merungkai kembali nostalgia lama bersama rakan-rakan yang kami kenali.


Suka tengok gambar ni, semua berjacket biru...terlihat keakraban mereka....
Di lorong luar Durham Cathedral di mana Hary Potter beraksi dalam satu babak lakonannya.


Keesokan harinya Nani dan Zul membawa kami berjalan-jalan di Durham Castle dan Durham Cathedral, melalui The Gates shopping Centre, singgah membeli souvenir di Durham Indoor market dan kemudiannya ke Durham University.