CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label Jom makan di UK. Show all posts
Showing posts with label Jom makan di UK. Show all posts

Saturday, 27 December 2008

Ikan Kelah & Rohu UK


On the way back from Bridgend kami ke Swansea.....Selesai solat di Swansea Mosque kami ke Exotica untuk beli barang2 dapur. Antara tujuan utamanya ke situ mencari si ikang kelah yang diperkenalkan warga baru Lampeter Ustaz Dahlan & Isteri Munirah. Ikan tu dah lama wujud cuma oleh kerana ikan tu teramat la besarnya maka tak siapa berani mencuba. Bila dah tahu keenakannya baru la tercari-cari. Tambahan pulak tengah offer la ni 3 ekor GBP10. Bila Makan ikan ni teringat siakap yang selalu abah pancing. Tiap kali balik kampung siakap atau rohu masak tiga rasa la jadi santapan istimewa kami. Kebetulan ustaz mizi pun berhajat nak mencuba dan dia suruh staff exotica tu siangkan, aku pun hulur jugak la....senang balik rumah boleh terus simpan. Staff tu pun excited bila ada 9 ekor ikang besar yang dia kena potong, termasuk untuk ustaz Dahlan....(guna mesin jer.....). Aku pun apalagi ingat nak ambik gambar ikan jer....tup2 dia suruh ambik gambar dia sekali. Macam-macam aksi yang dia gayakan dengan ikan tu. Sorang lagi staff siap keluarkan segala ikan yang beso2 dalam peti ais depa suruh aku ambik gambar. Haha......ketawa kami tengok gelagat mereka...memang lucu....




Ni la besarnya ikan ni, yang warna gelap sikit rohu, kelah warnanya terang sikit, besarnya lebih kurang jer.



Thursday, 25 December 2008

Alahai nasi kerabu

Memang favourite aku nasi kerabu ni. Kalau kat Malaysia dulu tiap kali pasar malam, biasanya itulah yang aku cari. Sampai UK ni ingat 4 tahun la pose nasi kerabu, jumpa pulak mek na Kelate kat sini. Kak Na ni memang dah tau dah ini nasi kegemaran aku. Tiap kali masak nasi kerabu mesti ingat iza kan... kan...kan....So dinner kami malam tu di sponsor oleh Kak Na......


Ini dia nasi kerabu ala Lampeter



Sooooo, special thanks to Kak Na. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh buatkan lagi....


Monday, 17 November 2008

Kegemaran sekeluarga


Ni la kegemaran kami sekeluarga, especially abang....kacang goreng,ikan bilis goreng dan kerepek ubi sira cili. Tapi aku buat pedas sikit-sikit je sebab twin pun nak makan juge...

Wednesday, 12 November 2008

Cerita si ikan cencaru

Oleh kerana aku bukanlah daily blogger yang boleh mengadap komputer ni hari-hari, maka hari ni baru aku berkesempatan masukkan cerita ikan cencaru ni walaupun itu adalah menu kami dua hari yang lalu. Sebenonye teman cadang nak masak ikan cencaru goreng sumbat sambai nyo, tapi oleh kerane tak sempat jadile ikan goreng je......


Tiap kali siang ikan cencaru mesti teringat cerita emak waktu aku belajar masak-memasak dulu, waktu aku di sekolah rendah lagi. Mak cakap Orang kalau nak cari menantu , bila pergi rumah bakal besan dia akan selak kat selisih tikar getah atau mengkuang tengok bersapu ke tidak. Satu lagi anak dara kena pandai siang ikan cencaru, bajunya kena ditanggalkan. Uh...bukan senang nak siat kulit ikan cencaru ni sebab dia melekat. Puas jugak nak menyudahkannya, guna gunting la, kertas la. Tapi kira aku terror la jugak, sekolah rendah lagi dah pass siang ikan cencaru. Tapi orang sekarang jarang yang siat kulit ikan cencaru ni. Mana taknya, selepas digoreng tak payah tarik pun angkat je dah tertanggal kulitnya. Tak tau kenapa orang dedulu siang ikan cencaru siat kulitnya dulu.

Sebagai kawan ikan cencaru tengahari tu, aku masak kangkung goreng belacan dan sup daging. Tak kesampaian nak makan ikan cencaru sumbat sambal kelapa. Nampaknya kena jadi menu di lain hari la pulak....






Monday, 10 November 2008

Roti jala kari ayam


Ni menu kami untuk breakfast pagi ni. Dah lama tak buat roti jala. bukan apa tak bawa acuannya. So sekali pinjam kat member dan la 2,3 kali buat baru pulangkan. Tambahan kami semua menggemarinya. Tu yang rajin aku menjala......

Saturday, 1 November 2008

Nasi lemak & karipap

Hari ni hari sabtu, cuaca amat baik sekali, pepagi lagi sang mentari dah menyemarakkan cahayanya ke segenap pelusuk Lampeter. Ku kira di Swansea pun begitu jua. Biasanya kalau begini keadaannya pasti kami dah berada di sana. Tapi hari ni kami lepak-lepak kat rumah jer......


Dah 2,3 hari bercadang nak buat nasi lemak, tapi masih belum kesampaian. So rasanya ini lah masanya. Biasanya kalau buat nasi lemak ni paling malas nak menggoreng kacangnya. Tapi kali ni kacang goreng memang dah ada tersedia. Dah goreng banyak hari tu untuk buat sambal kering. Nasi lemak buatan kat UK ni tak de bezanya dengan nasi lemak Malaysia. Semua bahan-bahannya boleh didapati di sini. Kali ni aku tambahkan lauknya je, kebetulan pula dah lama tak makan daging masak kicap. Ni la juadah kami sekeluarga pagi ni, merangkap makan tengahari ni........faham-faham je la kan.







Untuk minum petang pulak hari ni aku gorengkan karipap sebagai hidangan. Kat Malaysia tak pernah-pernah aku buat karipap tapi Kat sini kalau nak makan kena la rajin sikit. Tu yang kalau sekali buat aku buat banyak-banyak dan frozenkan. Sesekali kalau teringin nak makan karipap boleh terus goreng je..